Anda berminat untuk jogging atau running? Part i

Seperti yang saya katakan pada entri lepas, bulan ini bulan saya meraikan ulangtahun pertama saya bermulanya saya amalkan gaya hidup sihat. Saya dulu walaupun seorang pegawai perubatan, jahil akan gaya hidup sihat… Memang tak dinafikan stress kerja, on call, berdepan dengan specialist semasa round, masa nak study kes untuk op, balik rumah dengan keletihan, makan ikut dan. Semasa saya menjadi MO (medical officer) di hospital kangar, perlis, berat badan saya bertambah dengan sekata (nak kata mendadak tu tidak la)…

Ok, enuff celoteh kisah lama… Berbalik pada topik…

Apa yang perlu sekiranya anda minat untuk jogging? Terus terang saya katakan saya seumur hidup saya tidak mempunyai sukan yang proper untuk diikuti… Masa undergrad dahulu cuma main bolasepak, itupun main defender je… Selalu semput… Apa yang perlu anda ada?
1. Minat, kalau tak tak jugak kan…
2. Mesti ada sebab, bukan pasal awek ke hapa, tapi sekiranya anda tidak bersenam, maka risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung mula akan datang pada usia yang agak awal… Jangan terkejut, semasa saya melakukan rotation cardiothoracic di hospital pulau pinang, ada pesakit yang datang untuk melakukan pintasan jantung seawal umur 30an… Padahal tiada sejarah keluarganya menghidap sedemikian…
3. Kena ‘korban’ sikit fulus tu beli barang alatan sukan. Alah, kalau boleh beli rokok sekotak, seminggu boleh habis 4kotak, sebulan boleh habis 16-20 kotak? Takkan kasut jogging tak boleh beli kot… Plus, boleh claim barang sukan la (limit rm300 je tau!!!)
4. Kena try curi dan ‘korban’ masa… Kalau sibuk, macam tempat kerja jauh dari rumah atau jem kalau balik ke rumah, rancang senaman anda… Seperti, bawa kelengkapan senaman spt seluar, t-shirt, kasut running, tuala dan toileteries siap2… Abis kerja, jogging dulu (sambil tunggu keredaan jem), kalau dekat dengan gym, join gym baru pulang…
5. Pupuk anak anda dan isteri mengenai pentingnya kesihatan… Dulu saya ni bodo (istilah UAI, haha) pasal kalori permakanan, jadi kalau pergi makan kat kedai memang tak hengat punyalah…air manis langgah macam tu sahaja… Sekarang saya memang order sederhana… Contoh, saya tak order makanan, saya biarkan anak2 dan isteri (bukan isteri2 ye….haha) pesan makanan dahulu. Air minuman ada yg manis dan saya order air kosong…. Isteri saya akan order makanan dia, anak suung saya order pesanan dia dan saya order tapi berkongsi dengan anak no 2 dan si kecil kongsi dengan ibunya… Saya rimas kalau makanan yang dipesan tak habis, namun dalam masa yang sama tak mahu pesan banyak… Dalam masa yang sama ajak anak atau isteri anda bersenam bersama sebagai satu aktiviti mingguan …
6. Rancang aktiviti senaman anda, satu sindrom yg saya perasan (saya juga) bila dah syok nak bersenam, kita jadi obses balik je nak lari sehinggakan body tak rest dan recover… Nanti boleh mendapat risiko kecederaan… Jadi plan ye…
6. Apa lagi nak tambah? Aaaaa nanti… Saya akan ceritakan kelengkapan paling minima dan optional pada pandangan saya apabila nak berlari… Nanti saya juga akan menceritakan kebaikan berlari/berjogging ini…

Ngantuk dah… Esok ada kelas… Salam…

20130322-125919 AM.jpg
gambar baju larian kelantan 2012

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s