Saya semput, bolehkah saya berlari?

Semasa kecil, sehinggalah ke undergrad walhal sampai ke zaman bekerja dan masuk master, saya selalu diperlekehkan kerana selalu atau cepat semput bila bersukan. Tambah2 lagi bila main futsal atau bola sepak…

Semasa kecil juga kalau 100m tu, sayalah yang tercorot… Kalau sukan tu saya yang paling cikgu atau sahabat tak pilih… Sedihkan?

Pernah kawan saya perli saya di khalayak ramai selepas pertandingan bola, “woi, amin! Nko ni pergi jogging la, asyik semput je…”. Makan dalam maksud tu sampai sekarang…

Walaupun saya seorang doktor tapi kengkadang ego tu tetap ada, perasan diri tu tak berpenyakit, (sebab kalau diri sendiri tu kengkadang tak tahu nak diagnos juga). Saya hairan sejak dari kecil saya ni sihat tidak pernah penat, tapi bila bersukan saya cepat tercungap2, cepat lelah dan mudah semput… Saya tidak pernah pergi ke kecemasan untuk mendapatkan nebuliser. Rupanya sahabat saya menerangkan saya ini mengalami situasi akan dapat asthma ketika bersenam atau bahasa omputehnya ‘exercise induced asthma’ (EIA).

Apakah EIA itu?
Exercise induced asthma dan kalau terminologi yang betulnya execise induced bronchoconstriction itu keadaan di mana seseorang itu pada keadaan biasa jarang atau tidak pernah kena serangan asthma, namun sekiranya beliau bersenam terutamanya seperti cardio, dia akan mendapat simtom seperti serangan asthma…

Simptomnya adalah:
– batuk dengan lelah (asthma)
– rasa ketat di bahagian dada
– nafas berbunyi (wheezing)
– rasa letih yang luar biasa bila bersenam, padahal sebelum tu ok je…
– nafas tercungap cungap…

Selalunya terjadi bila seawal 5-10minit bermulanya senaman itu, dan simptom ini akan hilang 5-10min bila seseorang itu berhenti bersenam.

Rujukan :
1. www.m.webmd.com/a-to-z-guides/exercise-induced-asthma

2. en.wikipedia.org/wiki/Exercise-induced_bronchoconstriction

3. www.aaaai.org/conditions-and-treatments/library/asthma-library/asthma-and-exercise.aspx

Jadi apakah masalah itu dapat di atasi ketika bersenam?

Boleh…

Macam mana???

Pertama

Sekiranya selalu terjadi, rujuklah pada doktor peribadi anda. Doktor boleh mengenal pasti masalah melalui riwayat tanda dan simptom kadar kepenatan anda. Sekiranya anda umur 35tahun ke atas… Ada baiknya buat pemeriksaan berkala oleh doktor peribadi anda. Saya dapati ‘kesilapan’ kita yang baru tersedar nak sihat ni tidak berjumpa dengan doktor terlebih dahulu, dapatkan nasihat yang terbaik dari mereka.

Kedua

Kenal pasti apa bentuk senaman yang hendak dilakukan. Tengok apa plan kita, kalau kita buat HIIT, tabata, fartlek, tempo, kena ready untuk guna MDI tu dahulu. Kalau slow, LSD(long slow distance) exercise atau LHRE(low heart rate exercise) boleh, tapi kalau semput, mesti standby untuk pam

Ketiga

Sediakan MDI (metered dose inhaler) salbutamol (nama lainnya ventolin, asthalin, respolin). Pam dua kali dan sedut seeloknya 5-10minit sebelum bersenam. Seeloknya kalau di luar negeri kita boleh dapatkan MDI cromolin (sodium cromoglycate), ianya bertindak sebagai penstabil sell MAST (mast cell stabiliser). Namun sekiranya tiada, salbutamol pun boleh digunakan.

Kesan sampingan salbutamol adalah seperti, tangan terketar (fine tremor), jantung berdenyut pantas (tachycardia) dan kengkadang jantung berdebar (arrythmia). Kesan ini akan ketara sekiranya terlalu kerap memakainya. Maximum dose untuk penggunaan pam ini adalah 16x pam sehari.

20130326-121910 AM.jpg teman karib saya… Kena sedut dulu

Keempat

Warm-up terlebih dahulu, jangan terus lenjan je… Supaya body dan peparu dapat sesuaikan keadaan dengan senaman yang dilakukan. Dan warm down, sebaiknya… Lakukan senaman pernafasan…

Kelima

Sekiranya buat exercise, dan tetiba terlupa nak pam dan terasa semput? Jangan khuatir, tarik nafas dalam2. Rileks, slow down your tempo… Selalu jadi kat saya…kalau lari tu… Selalu terlupa pam… Hehe… Kadang sekerat jalan exercise, balik rumah, cari MDI, pam… Rileks 5min, alhamdulillah lega… Sambung balik…

Keenam

Sekiranya, anda dah guna pada awalnya MDI ini dan anda kenal pasti tahap exercise anda, namun masih semput atau lelah… Baik berjumpa dengan doktor semula…

Alhamdulillah MDI salbutamol memang saya bawa ke mana2 event running, dan bila mana bersedia untuk exercise. Saya tak pernah ambil secara kerap dan berkala seperti penyakit asthma yang selalu kita tengok tu…

Ketujuh

Sekiranya demam atau selesema, atau batuk, elakkan bersenam… Rehat bro!!! Dikhuatiri masa bersenam makin teruk EIA anda, kalaunak jugak, sederhana ok?

Kelapan

Cuba elakkan dari bersenam atau running tempat yang berdebu, atau kawasan udaranya tidak elok… (kalau kat KL tu cari taman lah ye…)

Owhhh… Lupa sesuatu, nkorang ingat atlit tang nkorang respek tu semua kecik2 semua sihat2 ke? Ada yang semput dan asthma jugak, contoh :
– David Beckham, dia berkata dia menghidap penyakit itu sejak umurnya lapan tahun
– Paula Radcliffe, kalau kaki runner sapa tak kenal dia. World record holder for full marathon. Pun asthma jugak…
– Austin Healy, pemain ragbi
– Paul Scholes, pun semput jugak, scorer kat Man.U… Hehe
– Frank Lampard, pun semput…haha
Tapi mereka boleh jadi atlit…

Ok lah, harap menda ni bermanafaat. OK, selagi tak tulis dalam ni selagi tu tak tenang nak baca buku…

Salam

#runningdoctor 25Mac2013 11.45pm

Advertisements

8 thoughts on “Saya semput, bolehkah saya berlari?

  1. Salam..dalam I duk tcari simptom semputni..sbb now join jk1m under kevin zahri..I tjumpa u punyer blogg…aihh…rupanya I ni sakit ek..Itulah I heran..naper..kaki n bdn xla ltih lg..tp naper pancit awal..huhuu…adoii…

    • Kena tengok dan perasan zaman amy muda dulu mcm mana, sihat boleh lari tanpa penat ke tak… Banyak faktor, mungkin kaki dan badan tak trained lagi pun boleh jadi.
      Kalau baru lari sikit dah semput tu dan dada bunyi wheezing tu mungkin salah satu punca. Jadi jumpa Dr untuk kenal pasti dan saranan terbaik untuk exercise

  2. pelik jgk..masa saya kecil dulu..main bola x de hal la stakat 3 jam..street ja tak henti..tp bila dewasa..nak aktif balik and petang joging pancit awal..adoi.macm mana ni.adakah faktor fit badan di ambil kira?

    • Kena ingat, selalu common mistAke kita selalu akan ‘bangga’ zaman dulu aku boleh mcm ni mcm ni mcm ni, kena ingat faktor umur, berat badan masa sekarang, tahap kecergasan buat masa kini, dan berapa kali bersenam juga merupakab faktor kenapa kita bila melepasi zaman remaja/dah kahwin akan merasa pancit

  3. Salam…kalau kita tgh lari..and tetiba batuk , ketat dada and mcm semput…kita boleh pam ventoilin tu ke? utk hilang ketat dada? lepas tu selamat ke utk terus kan larian?

    • Boleh, cuma rest sekejap, tarik nafas dalam2… Kalu start balik run pada pace yg agak perlahan dan baru naikkan secara sederhana. Sebaiknya gunakan pam ventolin tu masa SEBELUM buat aktiviti riadhah, jadi peparu pun dah serap ventolin dgn sebaiknya dan tak lah rasa ketat dada.,.

      Sekiranya nak juga senaman tanpa pam ventolin sblm run, sebaiknya mulakan dgn aktiviti ringan, sekiranya terasa semput mendadak rehat… Selalunya saya mcm ni saya run light pace ala2 LSD, and bawak pam standby mana tahu tersemput tengah jalan

      Hope this things help 🙂

  4. Mohon share…tq
    Saya baru disahkan sakit asma…yg mmg kena amik alvesco tiap2 hari…alhamdulillah, my asma stabil&x kronik
    Just lately agak crucial bila dekat gym, mcm org x cukup nafas je huhu….. biar lama2 takut ‘gelap dunia’…

    my doctor pun ada advice kena amik puff ventolin 2 kali sblm exercise
    Wpun dah sakit, tp saya tetap active bersukan…zmn student dulu lagi gile active… setakat jogging round 3-4x satu pdg… mmg no hal..
    Saya ingatkan simptom semput time sport ni hanya utk pesakit asma yg kronik je…
    Thanks for the info… 🙂

    • No worries, share it, happy ada orang asma tapi tidak menjadi batu penghalang nak bersenam…

      Kena ingat zaman muda mungkin tak sama dgn zaman sekarang jadi sesuaian dgn keadaan sekarang sebaik mungkin.

      Satu lagi kalau merokok tu baik berhenti, kerana ia jejaskan fungsi peparu, kita nak sihat tetiba rokok plak… Mcm tak kena plak….

      Hope this thing helps…. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s