Malaysia Boleh…

Our cultural lifestyle with 24h mamak restaurant, 24h fastfood such as KFC, McD and others causing this epidemic spreads in our country… We malaysians are eager to be champion in everything… Now in obesity … Food everywhere in malaysia Start from now… Be healthy no matter cwhat type of your preferences… Reduce this nonsense carb […]

Anda berminat untuk jogging atau running? Part ii

Ok seperti entri terdahulu, saya ceritakan sebab2 kenapa nak running dari segi sebab musabab. Hari ni dah ada minat… Jom kita run…

Saya sarankan bagi sahabat yang mengalami masalah kesihatan berjumpa doktor peribadi anda (even saya pun sendiri jumpa doktor). Ini kerana anda perlu kenal pasti masalah pre-jog anda. Setengah sahabat jangan ingat bila lari sehari dah jadi macam Usain Bolt, atau pun Mo Farah,ini tidak benar konsep… Berlari lah untuk kesihatan… Jangan tengok orang punya pace laju kita dah put off tak nak lari… Setengah sahabat mungkin mengalami masalah obesiti, asthma, darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan lain… Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan sebaiknya sebelum melakukan senaman larian…

Selain itu, diet juga membantu… Saya tak perlu terangkan lagi… Banyak lagi blog / laman sesawang yg menceritakan tentang diet atau cara permakanan yang sesuai seperti blog sususejat

Kalau sibuk, seperti waktu bekerja habis pukul 5pm jem dan sebagainya… Saya sarankan buat pada masa weekend, atau kalau yang kerja tapi tak involve ambil anak tapi jauh dari rumah saya sarankan bila tunggu jem tu reda, elok lah senaman. 30minit pun cukuplah… Oh ye tambah 15-20min nak tukar kelengkapan… Kalau kawasan lari keliling bangunan tempat kerja pun tak apa… Kalau ambil, gunakan masa weekend dengan sebaiknya untuk bersenam, bukan tidur 12jam…

Persediaan untuk berlari secara fizikalnya telah saya ceritakan dalam entri lepas. Pada awalnya saya menggunakan kaedah ‘interval’ training. Detail boleh kawan-kawan cari di dalam sesawang running.about.com kawan-kawan cari link ‘running for beginners’ ianya agak bagus, senang diskalakan buat kengkawan nak buat jog. Siap kawan2 boleh dapatkan newsletter mengenai ini dan saranannya dalam larian…

Apa itu interval? Interval adalah satu kaedah running, ia melibatkan fasa laju dan fasa perlahan (cakap senang gabungan jogging dan berjalan). Kaedah ini efektif untuk kita bina endurance dan ketahanan untuk mileage. Ingat, run macam ni bukan kita nak lari laju…kita nak sihat dan bina ketahanan badan… Saya pun masih guna kaedah ini walaupun dah setahun berkecimpung dalam run… Banyak study dan journal sports medicine menyatakan ini adalah cara terbaik untuk sesiapa yang hendak memulakan larian dan dalam training larian. Ianya agak sedikit berbeza dengan fartlek ataupun tempo run… Yang tu nanti kita cerita lain lah ye… Tumpukan yang ini dahulu

Saya kurang setuju pada sesiapa nak mulakan gaya hidup sihat ni terus buat senaman yang advance, seperti HIIT, crossfit, tabata etc, especially anda yang obese, mengalami sakit lutut… Masa tu jantung, paru2 serta otot masih tidak bersedia lagi akan stress ini… Buat regangan dan light workout dahulu. Sekiranya hendak, buat seminggu sekali dalam jangka masa yang pendek… Yang penting kita tahu pencegahan kecederaan 😉

Ok, benda paling anda perlu bawa semasa run-walk ini adalah paling basic, jam tangan anda, takpun smartphone yang ada apps seperti nikegps, atau endo, atau ikut sahabatlah mana nak guna…sebab kita nak timing berapa masa lari, berapa masa jalan.

Caranya mudah, 30minit je, selang sehari pun dah cukup… Sekiranya anda tak pernah run, saya sarankan buat begini:
Jalan dalam masa 10minit : lari (jog pelan2 pun tak apa, pada awal jangan paksa badan anda) dalam seminit, sekiranya tidak boleh jangan paksa, lari dalam 1/2minit pun jadilah…
Lakukan kitaran ini dalam 3 kali…
Jumlah masa ~33minit
Buat kitaran run ini dalam seminggu dan tengok perubahan anda.
Sekiranya anda masih semput atau mengah dalam larian itu teruskan dalam kitaran ini.
Kalau anda rasa ok bolehlah mengurangkan masa berjalan pada 9minit dan jogging dalam masa 1minit.
Perlukah saya risau akan pace dan jarak perjalanan? Tak perlu!!! Jangan risau itu lagi… Itu nanti…
Kalau anda rasa ok, kurangkan masa seminit berjalan setiap minggu, tapi kekalkan running itu pada seminit atau (atau setengah minit sekiranya tak tahan). Contoh :
10minit jalan : 1minit lari/jog/berjalan laju x 3 = 33min (+warmdown selama 5minit, sekiranya sempat) – 2-4x seminggu
9minit jalan : 1minit lari/jog/berjalan laju x 3 = 30min (+warmdown selama 5minit, sekiranya sempat) – 2-4x seminggu
8minit jalan : 1minit lari/jog/berjalan laju x 3 = 27min (+warmdown selama 5minit, sekiranya sempat) – 2-4x seminggu
7minit jalan : 1minit lari/jog/berjalan laju x 3 = 24min +warmdown selama 5minit 2-4x seminggu
6minit jalan : 1minit lari/jog/berjalan laju x 4 = 28min +warmdown selama 2minit 2-4x seminggu
5minit jalan : 1minit lari/jog/berjalan laju x 4 = 24min +warmdown selama 6minit 2-4x seminggu
4minit jalan : 1minit lari/jog/berjalan laju x 5 = 25min +warmdown selama 5minit 2-4x seminggu

Ok dah sampai nisbah 4minit jalan : 1minit lari kan? Bagus. Sekiranya anda nak buat 2x larian interval dan satu senaman lain seperti crossfit, angkat besi, berbasikal, yoga, pilates…sangat2 lah dialu-alukan. Ianya memberikan ketahanan dan fleksibiliti otot supaya tidak plateau. Sekiranya anda nak teruskan nisbah ini pada masa yang agak lama seperti sebulan boleh… Mungkin disebabkan masalah fizikal boleh…

Sebaiknya senaman tu elakkan makan 2-3jam sebelum senaman, lagi heavy anda makan lagi lama anda kena elakkan senaman… Takut muntah, pening atau sebagainya… Selepas senaman minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi…

Ok… Puas berceloteh, nanti kita sambung balik.. Takkan nak 4:1 jalan : lari je kan? Mesti aim lari lebih dari jalan kan? Tunggu ye…buat yang ni dulu 😉

Salam 😉 🙂

20130423-103649 AM.jpg

Pertama kali ditegur sebagai seorang runner

Bangun pagi, satgi nak gi study… Tua2 pun kena study… Nasib badan… Teringat bila mana semalam sesampainya saya dari KL ke KB, saya bergegas ke KB mall, sebab sampai dalam 8.45pm. Saja nak jalan hilangkan kebuntuan… Lagipun teringat tak dinner lagi… Teringat nak makan chiken chop hayaki… Errr tak pun burger king.. hottest deal diorang pun rm 6.30 je…

20130422-082228 AM.jpg
Sedap ooo, kalah oldtown…

Tak tukar baju hijau malakoff tu dari kuala lumpur saya terus ke KB Mall

Lepas gi beli barang2 kat watson, saya pergi kedai smartphone accessories kat tingkat aras KB Mall… Beli yoobao ext battery pack… Then saya turun gi makan kat burger king lah…

20130422-082413 AM.jpg
Mahal sikit rm125…

Saya beli set rm5.99 offer chicken grill burger… Rasa mcm dah lewat tapi saya duduk situ makan… Lagipun tak tutup lagi la…

Dalam 10min saya dok ghalit duduk kat situ tetiba seorang pekerja burger king datang kat saya dan menegur saya

Pekerja BK (harith namanya) muda rasaku mungkin dalam lingkungan 18-20tahun…kurus dan tinggi… Harap notis perbualan ni kami kecek kelate… Haha

PBK (pekerja burger king) : assalamualaikum abe

Saya : waalaikum salam… Ada apa dik? BK nak tutup dah ke?

PBK : eh dop lagi… Nak tanyo abe, baju ni malakoff tu apo dio? Bukey malakoff ni hok running event tu ko?

Saya : iyo adik… Ni hok sayo gi masuk event running kat penang mac lepas dik…

PBK : buke malakoff ni ado jugok hok yey biathlon ko?

Saya : ado, tapi hok yey tu kat KL dik… Yo ni hok lari ja…

PBK : kiro hok ni hok ye ni best ko gi… Abe ni runner ko?

Saya : best dik… Running event ni best… Cumo kito kena bayar la untuk yuran penyertaan… Saya buke runner, lari biaso2 lah…

20130422-082625 AM.jpg
Baju ni yang saya pakai yang dia maksudkan

To cut short… Kami sembang dalam 15minit pasal run… Dia kata dia pun dok run kat are rumah dia… Dia bertanya selalu ke event ni kat penang? Saya kata penang selalu jugak, tapi kat KL lagi banyak event…

Dalam masa yang singkat tu saya ceritakan pengalaman saya… Setahun saya join running ni… Dia mmg bersungguh mendengarnya (mungkin mmg dia run kat area rumah dia).

Saya tanya berapa jauh dia lari, dia kata dia pernah lari 20km… Hmmm kira ok lah adik ni… Lagi hebay dari aku… Haha…

Dia pun kata, running event kat area kelantan dan terengganu tak banyak… Saya kata nk buat macam mana adik… Yang tu kalau nak kena usaha sendiri cari kat area yang banyak running event macam kat KL dan penang…

Yang best tu selepas dia tanya saya kerja apa, dia tanya berapa umur saya… Saya kata umur saya 35 tahun? Dia terkejut… Saya tanya kenapa… Dia kata nampak muda… Dalam 25 tahun… Perghh (dalam hati kembang kempis idung aku… Haha)… Saya kata dulu saya gemuk (tak aci lah kata gemuk… Berisi) masa tu mmg nampak tua… Haha (mujur tak tunjuk gambar ic ku…)

20130422-082904 AM.jpg
Beza kan? Haha…

I do agree, kalau nak awet muda, jom cardio, jogging atau running… Hehe

Disebabkan saya sembang dengan dia… Maka saya tak sempat habiskan burger saya… Saya bungkus meal saya… Sambil mengucapkan salam dan pulang dengan tersenyum2 berseri2… Haha

Terfikir aku… Kat kelantan dan terengganu ni tempat cantik dan banyak routenya yang cantik spt area tok bali, pantai cahaya bulan, kawasan kuala terengganu… Kalaulah tempat2 ni di buat event running alangkah bestnya… Saya rasa ramai yang nak join… Saya rasa ramai orang pantai timur ni berpotensi untuk jadi runner…

20130422-083136 AM.jpg
Kawasan Tok Bali yang lawa…

Mungkin tak payah buat finisher medal pun takpelah (tapi kalau ada mmg best la… Sebab runner nak sangat medal tu)

Kalaulah saya oghe kelate, saya join politik, maka manifesto saya adalah nak memperbanyakkan acara berunsurkan kesihatan seperti senam robik dan acara running / cycling event… Dalam masa sama kita terapkan unsur keislaman… Cheeee wahhhhhh perasannnnnnnnnnn…. Haha (alah, kedah dan perlis pun kurang running event)

Masih pagi ni tersenyum2 sebab secara tak rasminya aku digelar sebagai seorang runner :p (perasannnnnnnnn)

#runningdoctor
22April2013 8.00am

Berjumpa dengan owner blog sususejat.com

Salam, keletihan balik dari kuala lumpur aku bergegas singgah ke KB Mall, kota bharu… Saja nak pekena burger king… Lapaq la… Hampir seminggu di area HUKM, menghadiri kursus dan tutorial bersama prof di sana (exam kali kedua ki di HUKM pula). Best, walau pun masa singkat, tapi banyak belajar benda baru… Alhamdulillah…

Semasa pagi tadi sempat berjumpa dengan admin susu sejat, bro hasrizul di taman tasik pemaisuri. Ingat nak jogging dan ber’pacing’ sekali. Tapi apakan daya. Masa tak mengizinkan… Even nak ambil gambar pun kami terlupa… Respek dgn determination dia dalam menyedarkan masyarakat malaysia untuk gaya hidup sihat… 😉

Tak perasan masa running kat situ ada running event rupanya… Saya tak tahu la sama ada berlangsungnya SCIM (standard chartered international marathon) atau hanya official training…

Ada kiosk jual kasut new balance lagi… Ermmm nampak kasut NB minimus… Best la… Alamak… Tak bawak wallet la pulak… Siut…

Tasik Pemaisuri? Bagi saya terbaik… Banyak pilihan route yg kita boleh pilih… Ada short dalam 1.4km… Ada yg mencabar alunan bukit yang menyakitkan calf aku… Curam ketika naik dan turun… Dalam 2.4km… Ada kat sekeliling taman itu secara keseluruan dalam 5km…

20130421-114813 PM.jpg
Best kan?

Verdict? Memang best, senang nak cari orang jual air… Banyak orang buat taichi/chikung/senamrobik… Tandas, surau dan tempat parking pun senang juga… Tahniah pada orang KL yang sanggup bekorbankan masa tidur enak di waktu pagi ahad untuk buat senaman pagi…

Sebenarnya ada cerita nak cerita pasal ada orang tegur saya ‘abang seorang runner ke’ (ni edisi poyo je nih…haha)

Esok, insyaAllah… Ngantuk…

20130421-115001 PM.jpg
Eh, beli water bottle ke?

Salam 😉

My first official running event

Salam… Tak tahu macam mana nak tulis dulu. SP half marathon ni event pertama saya join official running event. Tak terfikir nak join pun. Tapi setelah kawan saya si sabri ajak join (dia join halfmarathon) saya pun join 10km event je.

Event ni event ‘inaugural’ saya dan juga julung kalinya dilakukan di sg petani pada 1 sept 2012

Tak tahu nak start macam mana. Saya pada awalnya pun memang dok run suka2… Kawan ajak ok la… Mula tu takut juga… Tapi cekalkan semangat join jugaklah… Sebenarnya juga saya nak tunjukkan kat anak2 yang saya boleh run.

20130415-124551 AM.jpg
Mcm hampes je persediaan… Haha

Masa ni saya masih pakai nike lunarfly 2+, kasut yang saya rasa cukup basic dan OK bagi beginner… (lepas tu yang kawan suggest cari lah kasut lain selain nike, adidas atau puma…)

Mujur event ni dekat dengan rumah saya di area SP selatan dekat jam besar (kalau orang Sg Petani tahu la kat mana)

20130415-124745 AM.jpg
Peta SP running event

Saya sempat solat kat rumah, si sabri solat kat masjid depan sekolah khir johari…

Kami parking kereta kat situ takut2 dengar khabar kadang kereta yang park2 jauh kena pecah…

Sampai dalam pukul 6.45am. Running bibnya pun bukan jenis elektronik(masa tu saya tak tahu pun ada yg elektronik punya). Kami pun dilepaskan rasa saya serentak dgn HM, keadaan kelam kabut sikit… (mmg kalau post run pun ramai komplen yang event 1st time ni mmg kalut sikit)

Masa 1st saya dapat run dalam pace yang agak baik. Pastu rasa semput sikit (maklum la, baru 5bulan belajor lari…) budak pun boleh potong saya… Haha…

Masa lepas 5km, pace saya bertambah selow… Memang rasa letih, tapi kaki boleh lagi…

Sampai kat simpang penghulu him, laluan masuk ke kampung sungai jagung… Mujur ada water station, belasah ayaq…

Kesilapan nubi saya masa tu adalah saya pakai baju DUA lapis… Yg dalam tight inner, dan baju yg diberi. Baju tu cotton dan mmg sagging dgn peluh… Memang tak selesa… Boleh perah baju tu dgn peluh saya… Macam nak buang je baju masa tu…

20130415-125934 AM.jpg
Start/Finish line

Kemudian menyusuri sekolah men sg layar… Pun mmg rasa letih sangat… (fyi, itulah kali kedua saya buat 10km)… Dengar di nikeplus dah 10km, awat tak sampai2 lagi? Masih kat kems sungai layaq… Adehhhh masa tu dah mmg rasa nak quit… Masa tu saya pun tukar strategi… Saya run-walk phase… Dua minit run seminit jalan… Tu pun saya rasa tak larat bro…

Sesampai kat simpang dekat sp plaza memang dah nampak finishing line… Masa tu baru nak pecut. Memang pertama kali dalam hidup irang bersorak kat saya untuk sampai ke garisan penamat… Akhirnya….

20130415-010556 AM.jpg

Yes, sampai juga kat garisan penamat. Masa? Toksah cerita la… 12.2km dalam 1jam35min (7:45min/km)

Rasa nak nangis pun ada…

20130415-010916 AM.jpg
Ok lah kan untuk nubi macam saya ni kan?

Si sabri kawan saya tu pun 1st time join HM (tapi dia dah banyak buat running event dah)

20130415-011139 AM.jpg
Saya dan sab

20130415-011247 AM.jpg
Kanak kanak bangsa cina yang join event ni. Sayang orang melayu tak ramai join banding depa…

20130415-011430 AM.jpg
Lori milo, minuman sedap!!!!

Lepas run kami pi makan kat HUSSAIN NASI KANDAR, SP. Port peberet makan nasi kandaq… Haha aku makan tosey masala… Ala gambaq tadak la…

Nak citer macam pro saya pun tak tahu tapi ni antara pro & cons sp half marathon ni:
pro:
Best, ye lah 1st time join, running course tak de inclination teruk sangat…
Water station adequate, seingat saya ada 3-4… Lupa lah…
View menarik, sawah padi, kampung halaman… Best…

cons:
Tak de elektronik bib system, guna lace je… Saya mmg tak kisah, bagi pro, nakkan official time tu penting
Geram dgn sikap pemandu yg kerek, dah ada petugas tahan suruh berhenti lagi mau bawak motor tu, ada peserta hampir kena langgar..
Water station untuk HM ada DUA je!!! Mak aiiii… Kesian kawan saya si sab tu…
Starting yang agak kelam kabut…

Balik dengan separa keletihan saya simpan medal tu bersama2 medal anak2 saya

20130415-011855 AM.jpg

Memang, semua orang kata 1st running event tu lah yang kita paling ingat… Walau pun pace berterabur… Event tu lah kita ingat sebab itu titik tolak akan running event akan datang…insyaAllah…

20130415-012418 AM.jpg
Macam tak caya je… Haha

#runningdoctor

15april2013 1.20am

My Brook’s PureConnect humble review

gambar tak de kena mengena dgn cerita nak disampaikan… Haha

Memang sebenarnya aku (kasaq benar, guna lah saya) nak update menda aloh ni tapi sibuk, mak masuk wad pasai AIHA, exam final dah dekat, so banyak masa nak tumpu study, otak pun dah tua… Mmg rasa mcm nak givap je ambil master in surgery nih… Tapi sabar…. Tu semua dugaan je…

Sebenarnya aku berangan nak post pasal review kasut yg aku pakai… Since pureconnect dah 2x buat kaki aku terpeleot (1st masa penang malakoff 2013) maka aku nak review sikit kasut ni…

Pureconnect ni kasut jenama brooks. Di bawah branding pureproject, banyak lagi jenis mcm pureflow(1st kasut pure project aku beli), purecadence, puregrit, puredrift ntahapahapalagi ntah…

Kasut ni mmg ringan, tak silap 7.6oz bagi saiz us9. Ketat tang tengah kaki, so kita akan rasa feel bila lari tu, ada runner yg tak suka…

20130414-062202 PM.jpg ambil dari runningshoes guru

Kasut ni hadiah wife aku berikan buat anniversary kami yg ke-10. Awwwhhh, so sweet… Haha

Bila balik baru aku perasan yg bila run kena pakai stokin nipis (aku pakai stokin nipis wife aku je) rupanya rata2 yg guna kasut ni mmg komplen kena pakai stokin nipis atau sockless kalau ikut saiz asal kasut. Rata2 suggest try cari extra 0.5saiz lebih dari asal (nampaknya lenkali aku nak beli kasut ni kena beli saiz 11.5 la ye… Adoi, kaki gajah tul)

Fleksibiliti mmg mantop, respons kaki terhadap kasut pun best, cuma tapak nipis dia akan rasa sengal sikit kat foot pad tu… Lagi satu disebabkan tapaknya kecil sedikit mcm kasut bola, so tendency dia tak stabil tinggi, mungkin sebab tu saya kena lateral ankle sprain kot… Mmg sakit…

Kasut ini sesuai untuk sesapa yang badannya ringan, suka pada minimal-barefoot-like feeling… Kasut ini sesuai untuk sesapa yg kakinya neutral dan slight overpronate…

Disebabkan ringan maka selalu saya dpt buat PR dgn kasut ni… Dan kasut ni my fave bila buat speed work out… Kasut untuk jalan? Ewwww, warna oren… Kadang tu bawak la jugak…haha

My verdict (dulu saya bagi kat runnersworld 4.5/5… Skarg 3.5-4/5 je kot…

Kasut ni mmg perfect untuk running event, tapi kalau terpeleot tu, fikir 2-3kali jugak la… (mungkin next time akan consider beli puredrift, tak pun tukar angin beli NewBalance minimus ionix, kat jari kaki dia memang lebar…!!)

Rega dia masa beli rm349, dapat diskaun 30%, dapat la rm 280++ kalu tak silap 😉

#runningdoctor yang semput 🙂

My running gears

Banyak orang tanya kat saya nak pakai apa masa lari? Apa nak ada masa lari? Bila nak lari? Hari ni saya rest day, so bolehlah taip ni sikit….

Ok, nak lari, mesti kena ada kelengkapan asas, dua benda je, baju dan seluar..

baju
Kalau ikut banyak running blog/web semua akan suggest pakai baju sintetik macam baju poliester atau paling senang ala-ala ‘dri-fit’ punya baju. Ada yang pakai jenis bodyhugging (kalau saya banyak pada ‘peruthugging’, haha!), ada yg jenis nak pakai singlet, ada yg longsleeve… Ini terpulang pada kesesuaian, cuaca, suhu persekitaran… Janji selesa bang… Kalau saya mmg saya akan pakai baju ala drifit tu, kalau jersi pun bukan, sbb dia lightweight. Kurangkan pakai ala cotton, sebb dia mmg akan serap serap peluh, tapi dia payah nak menyejatkannya… Kau nak pun bagus masa malam atau suasana sejuk… Kalau bila event, try pakai baju yg seringan yang boleh… Mcm singlet ke…

seluar
Seluar pun ikut kesesuaian, kalau nak pakai tights pun boleh, tak nak pun boleh. Hari ni ada perboncangan dalam group fb sususejat pasal perlukah pakai underwear semasa running, banyak jawapan dah kami beri dalam tu. ia bergantung kepada kesesuaian masing2. Yang penting macam saya, mmg tutup aurat 😉

my iphone
Saya tak boleh lari so call tanpa iphone saya, sebab iphone sayalah yang saya keep track data running ke dalamnya… Seronok rasa kita dah tahu perkembangan kita… Bila lari saya terus on apps nih, satu nikeplus dan endomondo.20130405-055115 PM.jpg

Dulu saya suka pakai armstrap untuk letak iphone saya, tapi sekarang malas pula… Haha

20130405-055615 PM.jpg

Satu kajian, tapi saya lupa dari mana, mengatakan bilangan peserta larian pasa sukan larian bertambah akibat pengenalan smartphone pada masyarakat… (nanti saya cuba carikan kajian tersebut)…

Kadang2 kalau saya rajin saya akan link kan dengan dailymile atau mapmyrun larian saya bila kat laptop…

kasut

Rasa kasut nanti saya buat entri lain, kasut memang kena panjang lebar, sebab tak nak injury…
20130405-061432 PM.jpg My brooks collection

HaRaM

Apa? HaRaM ? Haha sebenarnya, heart rate monitoring watch. Mmg saya cadangkan untuk beli, lagipun kita boleh pantau denyut nadi semasa berlari, sebab kadang kita dok dengar kejadian tak elok seperti, pengsan dan paling menyedihkan meninggal… Kadang saya tengok kawan run lebihari denyut jantung yg disarankan…

20130406-122541 AM.jpg saya punya murah je suunto m4…

Tapi yg ni bagusnya boleh link n sync ke dalam computer…

ipod nano

Yang ni kalau bateri enpon saya habis, dia tak guna gps tapi guna pedometer…

20130406-122807 AM.jpg
Cuma pedometer tak setepat gps dlm menentukan ketepatan larian…

Apa lagi? Rasa itu je kot basic run kit bagi saya…

Sekian…

Run on a slightly hated route

April memang saya kena kurangkan larian. Bukan pasal parlimen nak bubar tapi awal bulan mei saya kena mengulang perperiksaan ikhtisas ii master in surgery. Exam kali ni dekat HUKM

Agak risau, harap2 ok lah exam… InsyaAllah… Alhamdulillah dua hari ni prof faisal dari upm datang berikan tutorial. Seronok dapat belajar…

Hari ni kena lari jugak, dah rasa sembap dah… Bergegas balik dari HRPZ ii ke kamsis HUSM. Solat, tukar gear running… Plan nak run sejam… Tetiba bila sampai sejam dah 8.7km… Apa lagi lajak jugak lah ke 10km… Haha… Kali ni 1st 5km, doing speed run, then tak tahan doing interval…

Lagi satu, run dekat padang HUSM bagi saya adalah tempat yang agak saya tak suka… Sebab? Situ bila matahari terben dalam 6.30pm, matahari memang menghadap kat muka… Memang bahang kaw kaw…

20130403-092340 PM.jpg
Letih betul… Running, hehe

Yang seronoknya ramai student, lecturer lari kat sini… So rasa berkobar la… Haha

Downturnnya jugak, situ berhabuk dan berpasir… Tapi run la jugak kan?

20130403-092706 PM.jpg
Alhamdulillah dah sampai 1100km mileage

Malam tak lah berapa letih, makan dgn prof kat padang serai… Laparrrqqqq…

20130403-092930 PM.jpg
Sedap gak…

Ok… Sekian mengarut…

#runningdoctor