persediaan untuk larian half marathon saya yang pertama

Agak stress sebab tak lulus exam master buat kali kedua ambil, saya mengambil keputusan untuk menyertai larian half marathon anjuran Alor Setar Jogging Club. Pada mulanya saya tak bother sangat nak masuk… Lagipun saya nak tumpukan perhatian pada final exam. Tup2 tak lulus, saya ambil keputusan nak join larian ni.

20130530-111101 AM.jpg

boleh ke nih?

Persoalannya… Boleh kah aku? Kalau nak ikut, boleh tu boleh la… Kalau nak pace minima dalam 7’15″/km, memang boleh… Memang kalau boleh setiap larian kita nak yang berkualiti, namun masa lari nanti mesti hampes… Saya mula train ala2 saya lah…no specific, tapi banyak pada interval dan fartlek.. dan dekat nak race saya buat LSD…

20130530-113846 AM.jpg

Catatan larian saya dalam nikeplus id amin rahman

Kalau ikut pengiraan kasar nike+ mengikut purata larian saya, pace saya dalam 7’02″/km… Alhamdulillah ini pace saya yg minima untuk buat HM…

20130530-114244 AM.jpg

Dan kalau betul lah ni 22km maka saya akan tamatkan larian saya dalam 2:35:++

20130530-114605 AM.jpg

Kalau ikut vdot calculator saya akan tamatkan larian saya dalam 2h15min++ i.e dalam 6’25″/km

20130530-114944 AM.jpg

Tunggu seminit, mungkin orang akan tanya saya, why bother dengan pace? Macam poyo la pulak… Macam ni… Saya memang nubie dan amatur dalam hal ini, dan saya seorang doktor… So sebagai seorang doktor saya kalau dengan pesakit pun saya akan nasihatkan agar don’t push too hard, so bila saya tengok pace saya ni saya boleh agak dan tahu pace selamat saya untuk lari jauh.saya tak de kawan atau otai2 runner kalau nak lari dengan saya. Saya banyak berpandukan majalah runnersworld dan ultimate magazine serta internet berhubung dengan running. Bagi saya running adalah enjoyable sports yang kita perlu tahu limit dan pencegahan kecederaan.

Selasa lepas saya buat run kat kampung ibu saya kat perlis. Saya belajar satu benda beharga iaitu negative split pace saya run pada awalnya dalam pace 7’20″/km dan pada 5km berikutnya saya run dalam 7’00″/km hasilnya? 10km average pace dalam 7’05″/km…

20130530-120914 PM.jpg

Jadi kalau lah betul negative split saya buat masa HM nanti saya akan lari dalam overal pace 10’20″/mile

20130530-121303 PM.jpg

Click kat sini kalu nak tahu pace calculator

So masa taip ni saya buat apa? Saya tengah carb load la… Semalam saya masak spaghetti untuk family. Hari ni makan kat kopi tiam oldtown…hehe

20130530-121527 PM.jpg

Isykk ada jugak lalat nak posing atas piring tu?

Memang, bagi saya… Saya akan enjoy half marathon ini… Follow the flow… So insyaAllah saya tergolong dalam half-marathoner… Mana tahu nanti jadi full marathoner punya geng… Hehe

Salam…

my humble Brooks PureFlow review

Punyalah lama nak review kasut ni. Sampai pureflow2 dah keluar baru nak review kasut ni? Tak de masa…

Ok, apa best sangat pureflow ni? Bagi saya ianya kasut running yang bagus pernah saya pakai. Sebab kasut ni lah saya kenal apa itu maksud minimalist shoes. Kasut inilah jadi rakan karib saya. Sampai lunyai saya kerjakannya… Hehe. So kalau sesiapa yang nak try kasut minimalist saya akan suggest brooks pureflow.

20130523-113519 PM.jpg
Yang hijau tu saya punya la…

Brooks pureflow adalah salah satu kasut di dalam siri pure project brooks. Yang lain seperti pure connect, purecadence, puregrit dan puredrift

Ok, dari segi teknikalnya, kasut ini diperbuat dari biomogo rubber. Apekebendanya tu? Itu cuma nak bagi tahu kasut ini lebih senang terurai secara biologi (biodegradable speaking omputeh la… Hehe). Dan dia ada so call DNA technology, maksud dia kasut ni bila kita pakai akan ada memori ikut bentuk tapak kasut kita… Pada tapak kasut PF terdapat split toe groove untuk memaksimakan penggunaan ibujari kaki sebagai tujahan ketika berlari… Permukaan kasut ada anyaman jaringan kain (woven mesh) yang menyenangkan pengudaraan. ‘heel to toe’ drop kasut ini adalah sebanyak 4mm seingat saya dan berat kasut ini dalam 9.5oz ~ 270g bagi saiz us9.

20130523-114223 PM.jpg
Mau tak lunyai kasut ru

20130523-114904 PM.jpg

Satu kekurangan kecil buat pureflow adalah tapaknya cepat haus (menurut banyak pendapat). Mungkin cara larian saya yang masih separa toe strike, kasut ini sudah haus pada tapak luar. Mileage yang disarankan buat kasut ini adalah dalam lingkungan 300-400batu. (tapi saya rasa ianya kurang tetambah lagi di cuaca panas malaysia). Mileage kasut saya adalah dalam lingkuran 380km. Permukaan tapak yang agak flat agak menyukarkan ketika berlari semasa hujan.

Jadi apa pendapat saya

Keselesaan – 5/5
Kestabilan – 5/5
Fleksibiliti – 5/5
Ketahanan – 4/5
Ringan – 4/5 (ada kasut yang lagi ringan la)

Bagi saya kalau sesiapa nak berjinak2 dengan minimalist shoe, brooks pureflow adalah kasutnya. Dan mungkin kasut ini sudah tiada, brooks pureflow2 tidak kurang hebatnya.

Sekian review dari saya 🙂

My poor man’s calf compression

Keboringan duduk kat rumah… Saya pun memikirkan sesuatu nak buat petang ni… Dua tiga menjak ni dapat shin splint… Mungkin kasut saya pureflow tu dah haus dah. Tak mungkin. Konon kata manufacturer kata dalam 200-300miles… Tapi tapak belakang dah haus dah…

Minggu lepas teringin nak beli puma faas 350, dengar katanya best debut dalam runner’s world. Nanti lah esok gaji. Boleh beli… Nak harap pureconnect saja tak boleh, itu untuk speed work boleh la…

Dua tiga menjak ni memang sakit sikit kat area tibia belah kanan. Nak kata stress fracture tak sebab sakit waktu pagi. Tapi tak lah rasa sakit sangat…

Ok berbalik pada cerita asal. Sebenarnya asal saya gunakan ankle guard sebagai compressing agent kat area shin splint tu untuk kurangkan kesakitan. Tapi ankle guard ni memang getahnya tak tebal sangat jadi saya naikkan sikit pada pangkal betis dan…. Walla!!! Jadi compression calf… Gambar? Jap…

20130523-122552 AM.jpg
Nampak agak lawak sikit sebab ada lubang kat tengah… Ada aku kisah? Hahaha….

Kalau calf compression 2xu atau CWX sure mahal tahap ratus…. Ni tak sampai rm5 kat kedai supermarket…

Tadi test run, kali ni saya guna kan kasut lama saya nike linarfly2… Bila dah lama tak guna best pulak, sebab kasut ni support heel… Alhamdulillah tak rasa nagging yang melampau… Tak rasa nak buang. Tak berapa ketat atau tidak terlalu longgar… Just nice…. Tapi petang ni memang cuaca… Pergggggghhh panas…

20130523-123131 AM.jpg

Alhamdulillah dapat cecah 1300km… Satu mileage yang tak pernah terfikir nak buat suatu ketika dahulu…

Hari tu saya ada beli scholl travelling compression socks. Bagus untuk traveller yang travel jauh dan dusuk sahaja macam dalam kapal terbang. Ianya membantu mengurangkan kadar darah beku dalam sistem vena dalam kaki atau nama saintifiknya deep vein thrombosis… Tapi tak pernah run guna tu lagi… Nanti review…

Tak semestinya mahal itu bagus, kalau ada alternatif kita cuba dulu

20130523-124239 AM.jpg
Calf compression socks kat guardian rm60 je…

Oklah… Nak tidur dulu… Nanti merapu lain… Sweet dream… 🙂

[updated review]

Last month, saya pergi ke Taiping… Masa tu saya ada jenjalan kat Tesco Taiping. Wife gi la jenguk kat kiosk SAWKS, kiosk yang jual stokin. Tetiba saya terjumpa satu benda yang menarik… Leg sleeve a.k.a calf compression sleeve… Apa lagi saya beli la, rega memang murah RM19 sahaja!!! Saya beli sekali dengan arm sleeve, buat pakai masa KMJC… Hehe

20130622-044006 PM.jpg
beli leg sleeve dengan arm sleeve sekali

Masa pakai memang tension sebab pasal nak serlum masuk ke kaki… Hampes… Tapi bila dah masik dia punya grip memang superb

Hari ni (22062013) seminggu lagi nak masuk larian bendang… Terfikir, asyik guna leg sleeve yang sama je… Takkam tak beli lagi satu kot… Aaaa, hari ni saya nak gi tesco sungai petani selatan. Alhamdulillah ada jugak kiosk SAWKS. Apa lagi beli la lagi satu!!!

20130622-052239 PM.jpg
kalau ada warna hijau sure beli, hehe

Alah rm19 je… Dari beli cap 2xu dan cwx yang ratus2 mahal baik beli yang ni… Ps : wife belanja, thank you sayang…

Ok lah… Boleh guna untuk larian bendang kedah, yeay…

Ok… Bye!!

Pelapik kasut running

Tips betul ke entah.
Selalunya kasut jogging/running ada ‘flipsole’ atau pelapik kasut. Kasut running yang bagus kita boleh lari tanpa menggunakan pelapik kasut tanpa kesakitan…

Sekiranya tapak itu sama saiz anda boleh mencuba dan menukar pada kasut running yang lain…

Macam sekarang saya cuba pakai pelapik kasut Brooks Cantrell pada Brooks PureConnect…

Selamat mencuba, #runhappy !!!

20130512-121450 PM.jpg

Owh, cakap pasal kasut saya selalu kena usik dengan isteri saya yang kalau beli kasut running mahal, tapi kasut kerja kat BATA je… Rega tak sampai seratus je (kasut Bata tu rm50 je…) hehe

20130512-121651 PM.jpg