my humble Brooks PureFlow review

Punyalah lama nak review kasut ni. Sampai pureflow2 dah keluar baru nak review kasut ni? Tak de masa…

Ok, apa best sangat pureflow ni? Bagi saya ianya kasut running yang bagus pernah saya pakai. Sebab kasut ni lah saya kenal apa itu maksud minimalist shoes. Kasut inilah jadi rakan karib saya. Sampai lunyai saya kerjakannya… Hehe. So kalau sesiapa yang nak try kasut minimalist saya akan suggest brooks pureflow.

20130523-113519 PM.jpg
Yang hijau tu saya punya la…

Brooks pureflow adalah salah satu kasut di dalam siri pure project brooks. Yang lain seperti pure connect, purecadence, puregrit dan puredrift

Ok, dari segi teknikalnya, kasut ini diperbuat dari biomogo rubber. Apekebendanya tu? Itu cuma nak bagi tahu kasut ini lebih senang terurai secara biologi (biodegradable speaking omputeh la… Hehe). Dan dia ada so call DNA technology, maksud dia kasut ni bila kita pakai akan ada memori ikut bentuk tapak kasut kita… Pada tapak kasut PF terdapat split toe groove untuk memaksimakan penggunaan ibujari kaki sebagai tujahan ketika berlari… Permukaan kasut ada anyaman jaringan kain (woven mesh) yang menyenangkan pengudaraan. ‘heel to toe’ drop kasut ini adalah sebanyak 4mm seingat saya dan berat kasut ini dalam 9.5oz ~ 270g bagi saiz us9.

20130523-114223 PM.jpg
Mau tak lunyai kasut ru

20130523-114904 PM.jpg

Satu kekurangan kecil buat pureflow adalah tapaknya cepat haus (menurut banyak pendapat). Mungkin cara larian saya yang masih separa toe strike, kasut ini sudah haus pada tapak luar. Mileage yang disarankan buat kasut ini adalah dalam lingkungan 300-400batu. (tapi saya rasa ianya kurang tetambah lagi di cuaca panas malaysia). Mileage kasut saya adalah dalam lingkuran 380km. Permukaan tapak yang agak flat agak menyukarkan ketika berlari semasa hujan.

Jadi apa pendapat saya

Keselesaan – 5/5
Kestabilan – 5/5
Fleksibiliti – 5/5
Ketahanan – 4/5
Ringan – 4/5 (ada kasut yang lagi ringan la)

Bagi saya kalau sesiapa nak berjinak2 dengan minimalist shoe, brooks pureflow adalah kasutnya. Dan mungkin kasut ini sudah tiada, brooks pureflow2 tidak kurang hebatnya.

Sekian review dari saya 🙂

Advertisements

2 thoughts on “my humble Brooks PureFlow review

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s