My poor man’s calf compression

Updated version of my poor man’s leg sleeve review 🙂

amarsa13

Keboringan duduk kat rumah… Saya pun memikirkan sesuatu nak buat petang ni… Dua tiga menjak ni dapat shin splint… Mungkin kasut saya pureflow tu dah haus dah. Tak mungkin. Konon kata manufacturer kata dalam 200-300miles… Tapi tapak belakang dah haus dah…

Minggu lepas teringin nak beli puma faas 350, dengar katanya best debut dalam runner’s world. Nanti lah esok gaji. Boleh beli… Nak harap pureconnect saja tak boleh, itu untuk speed work boleh la…

Dua tiga menjak ni memang sakit sikit kat area tibia belah kanan. Nak kata stress fracture tak sebab sakit waktu pagi. Tapi tak lah rasa sakit sangat…

Ok berbalik pada cerita asal. Sebenarnya asal saya gunakan ankle guard sebagai compressing agent kat area shin splint tu untuk kurangkan kesakitan. Tapi ankle guard ni memang getahnya tak tebal sangat jadi saya naikkan sikit pada pangkal betis dan…. Walla!!! Jadi compression calf… Gambar? Jap…

20130523-122552 AM.jpg
Nampak agak lawak…

View original post 344 more words

Advertisements

Kedah Mount Jerai Challenge – My 1st trail running experience

Walaupun dah enam kali masuk official running event. Ini kali pertama saya masuk acara climbathon.

Acara ini diadakan pada 15 Jun 2013. Pukul 8:00pagi

Masa nak pilih kategori, saya fikir masak2. Alhamdulillah, saya ambil kategori 12km kedah tertutup, dan bukan yang kategori terbuka 18km.

Ambil bib 5.30pm beserta kupon makanan. T-shirt penyertaan kena ambil 8:30pm. Sebab yg buat dlm perjalanan ke tempat lokasi (cakap je la tak siap lagi…) pi ambil pun 9:30pm baru boleh ambil. T-shirt cotton je…
Kesuntukan waktu, saya tak sempat beli formal energy gel. Jadi ganti saya adalah choki2 dan sugus sochews

20130616-122635 PM.jpg
persiapan macam nak tidur dalam gua, hahaha

Masa saya pergi pada 5:30pm, dah ada peserta yang dah pasang khemah untuk tidur di sana… Sia ada yang bawak family tidur kat sana… Haha

20130616-122914 PM.jpg
jom tidor yob!!!

Persiapan? Sehari sebelum saya pi lenjan buat tempo run… Dapat la sub6min dalam 5km. Lanyak la kaki nanti…

20130616-123017 PM.jpg
caru nahas punya run, haha

Carb load? Makanan disediakan pada makan malam, makan pagi dan makan tengah hari… Malam tu makan nasi &ayam masak merah. Balik dari ambil tshirt ada kenduri tahlil… Makan pulak mee goreng, roti canai, roti bun cicah kuah durian!!! Hehe

Pagi, tu saya sampai dalam 7:15am. Semua dok pakat warm up… Ada yg poyo mcm ambe… Tangkap gambor je kerja… Haha… Saya sempat berjumpa dengan seorang running blogger bernama Hafiz Aizat dia datang agak lambat sehari sebelum acara. Mujur saya remind dia yang air perlu di bawa sendiri…

Kalu ini saya menggunakan kasut lunarfly 2+ trail. Kasut yang saya ‘terbeli’ tahun lepas gara2 sale kat pacific mall kota bharu. Dapat diskaun 50%, boleh la dapat kasut tu dalam rm159 je. Saya sangat jarang pakai kasut ini. Sebab yelah trail running shoes yang stail macam ni mmg berat sikit banding yang bari macam new balance minimus trail… Kasut ni bagusnya tapak tebal, tahan lasak dan agak kalis air
20130616-011850 PM.jpg
ni kasutnya typical nike kan?

Kali kedua saya jumpa runner OKU bro Saad. Dia kata lepas ni dia akan pi SCKLM, kental jugak dia…

Ni gambar dia bersama yb dato khalid yunus 🙂

20130616-124014 PM.jpg

Disarankan bahawa kami membawa air sendiri maka saya membawa bag hydrapak saya. Saya bubuh 1.5L diluted 100plus dlm bladder bag.

Masa bermula 15min lewat dari dijadualkan… Biasalah exco kjaan kedah mai rasmi… Permulaan acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan bacaan doa…

fyi : yb dato khalid yunus datang sejak sehari sebelum pertandingan… Agak low profile dia ni… Dia dengan selamba berseloroh dengan saya suruh saya yang bacakan doa… Haha

Yang kami kategori D ni dilepaskan 5min setelah kategori full dilepaskan…

Mmg mencabar 95% uphill inclination… Giler HR shoot up sampai 174bpm pasal panjat ke atas… Rasa nak pitam bila tempat yang curam… Ada tempat yang kami terpaksa berpaut pada tali… Mmg letih… Masa naik acapkali saya stop tarik nafas… Sampai check point kedua saya ambil air kosong minum…

Dah saya ni chap ayam je… Bila naik dalam 3km, ada dah yang turun especially kategori F dan D… Asyik dok tanya je lama lagi tak ke check point? Haha…

20130616-011344 PM.jpg
peta ketinggian kalau ikut endomondo

Senaik saya ke CP2, saya bersembang dengan peserta yang seminggu sudah baru pulang dari cabaran gunung everest…

Nak sampai kat CP2, ada seorang brother muda ni cramp kat kaki sampai tak boleh gerak kaki. Rasa dia dehydrated tu… Saya bantu bagi rawatan spt rubbing emugel kat betis dia… Then saya try rush ke CP2 dan maklumkan pada petugas…

Masa sampai kat CP2 tak sedar, rupanya air 1.5L tu dah habis saya teguk…

Turun pun satu masalah, sebab curam… Saya pulak sakit lutut… So saya banyak berjalan dari berlari…

20130616-011514 PM.jpg

masa naik, adoih…

Masa turun beberapa kali saya tergelincir dan tergolek… Tangan saya lebam dan tercucuk duri hutan…

Turun mmg mencabar juga… Perlu hati2…

Alhamdulillah saya dapat menyudahkan acara ini dalam 4jam. Calori 2400kcal burned, ave hr 145, peak hr 172. Max peak ~1000m dan estimated hydration loss ~4L

20130616-012231 PM.jpg

Tips (bagi saya la) nak join climbathon
– jangan eager nak speed, know ur strength
– ketahui kekuatan diri. Mujur saya ambil kategori tertutup, ramai yang terpaksa reach melebihi sasarab masa sebab ambil kategori terbuka…
– bawa air secukupnya dan bawa ORS (oral rehydration salt) atau runner salt
– pakai kasut trail sebaiknya…
– pakai glove…

Mmg best, Ada rezeki nak join lagi… Memang mental betul…

Saya sembang dengan salah seorang runner, dia kata mmg tiap2 tahun ada acara ni. (ye la, tahun lepas saya kan gumuk dan jahil pasal menda alah ni)

20130616-012358 PM.jpg
gambar atas kecil bersama bro runner OKU Mohammad Saad dan gambar kecil kanan tu bersama running blogger hafiz aizat

Pro :
– memang best mencabar, saya macam ketagih pulak… Hahaha
– ada krew hospital sultan abdul halim di lokasi penyertaan
– krew urusetia yang membantu
– makan memang sedap!!! Hari ni saya dok terngiang2 nasi ayam, padahal saya jarang makan nasi ayam… Haha

Cons :
– tiada crew perubatan di atas CP, kalau kena musibah seperti kena gigit tebuan sampai allergic teruk sakit la nak turun
– air hanya pada CP1 sahaja
– tshirt cotton je… Goodie bag tak de jajan lain…
– medal plastik je… Alahai…

aftermath
Saya tak tunggu hingga penutup. Dah tahu dah acara link dgn gomen abis lambat… Saya balik… Sebelum tu sesudah sampainya saya kat garisan penamat saya terus ke mengambil medal penyertaan

20130616-022402 PM.jpg
medal plastik je? Plastik pun plastik lah…

Saya terus ambil air botol mineral dan 100plus… Tak sedar saya teguk dua dua tu sekali hadap. Nampak sangat dehidrasi yang teruk!!! Saya menuju ke kaunter medik untuk mengambil ais untuk tuam pada kaki. Sesudah itu saya berbual dengan seorang doktor yang merupakan pegawai perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim Dr Firdaus. Terkejut dia yang saya katakan saya seorang doktor yang menyertai acara ini. Kembang idung saya. hehehe

Sesudah itu saya menuju ke khemah makan. SAYA MEMANG LAPAR!!!! Mereka hidangkan nasi ayam… Bismillah… Mak ai!!!! Sedap betul (lapar kot). Ingat nak tambah lagi… Tapi ramai yang beratur… malu plak tu… Dalam hati balik lah… Sure wife masak…

Balik saya makan nasi putih, ikan goreng…. Lepas tu saya makan coklat moist wife saya beli kat Bellaria. Saya terlelap tidur… Tetiba perut keroncong dan minda nafsu saya teringatkan nasi ayam event… Alahai mana nak cari nasi ayam petang2 ni… saya pun pergi mencari nasi ayam. Tak jumpa… Nasi lemak kukus pun jadi lah… Hehe

20130616-023526 PM.jpg
ni pun jadi lah…

Hari Ahad, 16 jun 2013. Mmg saya ambil cuti. Arggghhh sakit, semua sengal… InsyaAllah esok kerja dan jadi Doktor terbaik bantu pesakit kerana Allah swt 🙂

Salam

#runningdoctor

٧ سعبان ١٤٣٤

puma faas 350 humble review

where pureflow meets lunarfly

Kasut pure flow dah sampai mileage 400++ km. tapak belakang dah lunyai… So kena cari kasut baru. Kali ni saya cuba sesuatu benda yang baru. Kasut murah dan ekonomi tapi bagus.

Saya tercari2 mana yang ok, masa pergi village mall kat sungai petani. Jumpa kedai kasut tingkat atas tu lupa nama. Kedai tu banyak kasut nike, adidas, reebok n puma (typical malaysian sport shop)

Saya pun jumpa kasut puma faas. Saya pun survey dlm internet. Rupanya kasut ni adalah kasut yg dipilih sebagai running shoes debut 2012.

unboxing

20130608-031836 PM.jpg

Kasut ni dibungkus dengan kotak dan kain recycleable. Saya beli kasut warna biru. Kat kedai tu ada jual 3 jenis warna putih, hitam dan biru.

Kasut ni beratnya hanya dalam ~8.5oz ~ 275g untuk saiz 9us. Ringan sikit banding pureflow dan lunarfly2+

Ianya dianggap sebagai kasut minimalist. Toe dropnya hanya 4mm. Jadi saya tak ada masalahlah saya nak sesuaikan diri dengan minimalist shoes ni.

permukaan atas kasut
Kalau nak tengok saya tengok lebih kurang nike lunarfly2+ saya beli buat pertama kali.

20130608-032517 PM.jpg
Lebih kurang kan?

Perasan tak kenapa lunarfly2+ saya lebih panjang? Ini kerana nike anggap saiz us 11 = euro 45 bukannya 44.5. Jadi kasut ni agak tak berapa roomy kalau saya pakai stokin.

Kalau nak tengok mmg sama, faas350 tak de nav-band mcm pureflow.

Shoe tounge dia nampak besar dan spongy. Kainnya kalau saya nak bandigkan dgn pflow, pureflow lagi ‘berangin’ atau more ventilated.

Permukaan depan kasut agak tirus sama macam lunarfly 2+. Agak menekan jari tepi saya.

permukaan tepi

20130608-033736 PM.jpg

Typical puma, mmg agak stylo kalau bawak gi jalan.

belakang

Permukaan belakang nampak kurang supportive bagi buku lali. Heel support afak lembut banding pureflow dan lunarfly

20130608-033926 PM.jpg

tapak
Dia guna kaedah ‘waffle’ hampir sama dgn kaedah nike. Dan kewujudan tapak hitam yang agak keras membantu untuk kasut ini tahan lebih lama…

flexibiliti

20130608-070212 PM.jpg

Memang fleksible, lembut.

testing run

Masih baru. Saya baru clock 50km guna kasut ni. Saya perhatikan ianya lembut pada midsole promoting midfoot strike. Cuma kalau run jauh & > 15km better pakai stokin sebab saya dah kena blister pada bahagian depan kaki.

verdict?

Fleksibility : 5/5
Kestabilan : 4/5
Stail : 5/5 (nampak cool)
Ventilation : 2/5 (sorry dia mmg cepat panas
Sockless friendly : 2.5/5 (kalau long distance mmg kena blister la jawabnya)
pulus friendly : 4/5

Kasut ni retail price dalam rm289. Tapi boleh dapat diskaun 40% kat sesetengah kedai kasut. So saya beli ni dalam rm173 kalau tak silap. So economy wise kasut ini akan pergi dalam 400-500km ~ rm0.45sen/km

Banding kasut Brooks, Saucony atau even Nike, puma memang orang under estimate (even aku). Walaupun Usain Bolt pakai, jarang nampak runner pakai… Mmg, sebab Brooks mmg more ‘runner’s friendly’ walaupun harga agak mahal banding dgn puma (walau pun dah diskaun 30% kalau guna kad diskaun brooks)

Personally i prefer pureflow, more roomier to my toes dan boleh pakai tanpa stokin, dan kalau boleh bukan pureflow2 (sebab ada yg kata pf2 tak sedap). Walaupun mahal sikit tapi sedap pakei… Tapi alah membeli menang memakai bro!!!

Any comments are welcomed 🙂

Pengalaman pertama half marathon

Cerita lama, first time buat half marathon. Tak prepare properly. Carb load lintang pukang. Decide nak masuk pun seminggu before event.

Event ni berlangsung kat alor setar 1hb Jun 2013

Banyak serba tak kena tapi lucu.
– bangun dah awal drive dari sp – alor setar, stop kat r&r gurun nak uh-uh tapi tak jadi, pastu nak keluar dari parking lot bas block jalan…

– relatively pasal tu sampai kat starting event lambat 5.50am. Azan baru berkumandang. Solat tepi kereta je lah…

– bila siap nak pakai kasut, tetiba bunyi ‘TEEEEETTTTT!!!’ rupanya dah gun start(6:00am). Erkkkk macam mana ni? Warm up tak buat lagi? Apa lagi terus kejar diorang la… Satu jalan tu gelap, kang silap lorong abis la nanti…

– sebab kalut 1st time run pakai cermin mata, soooo annoying!!

– 1st 5km rasa nak terkencing!!! Ni penangan minum redbull la… Padan muka, hahaha

– mujur jumpa last pack… Takpe slowkab pace… Lagi 19km to go…

– masa dekat 7-8km jumpa sorang brader ni lari cengkoi, mcm kaki dia cramp, lari dengan dia sambil sembang, peramah rupanya dia OKU! MashaAllah, malunya kita yg sihat ni tak bersenam!!! (rupanya abis larian nama dia saad, mmg dia atlet paralimpik malaysia)

– halfway, naik jambatan… Alahai letih siut…

– dekat 12km, rupanya energy gel ambe tercicir!!! Lepas tu runner salt plak hilang!!! Aduih… Dem yu seluar nike kocek singkat!!!

– sepanjanf run water station berlambak tapi tak de 100plus, air mineral je…
– pakai kasut puma faas 350 mmg best………. Cuma…… Kena pakai stokin, kalau tak kena blister… Pedih siut… (my review on puma faas 350

– sebab blister tu lah saya dah drop pace sesangat… Dan last 2km rupanya ada jalan takde tar. Adalah seoeang chinese lari berefoot, masak la kaki dia… Hehe

– tak tahan kaki dah kembang dan blister… Ambe bukak kasut, dan pegang dia dgn tangan kiri run barefoot (last 1km jalan tar balik…)

– last 5km mmg sengsara dah saya takde energy gel nak sumbat, mmg dah hit the wall, rasa nak quit run je…
90% flat, 10% up&downhill

– alhamdulillah selamat sampat dgn masa from gun dlm 2j37m15s tengok dlm chart diorang saya no 44 out of 200++ participants

– good things about this event sijil dia dia print terus timing kita…

– event ni walaupun kecil tapi mmg well organised. Siap ada dari penang mai join race ni.

– my pace? Dalam 7m15s/km. ambe expect more, tapi dah lintang pukang masa awal… Alhamdulillah…

– ave heart rate 158 & max hr dlm 170 (alhamdulillah tak peak sampai 185) calories dlm 1800kcal 🙂

Sekian melaporkan…. So sejak hari tu saya terperasan menggelarkan diri saya half-marathoner :p

20130605-013246 PM.jpg