My worst running event so far; Larian Bendang 2013

bila fikir balik rasa trauma pasal running event ni

Larian Bendang 2013 dah seminggu berlalu. Masih trauma akan larian bendang ni. Shin splint injury saya pun masih ada keperitannya. Dah seminggu tak run. Rabu ni nak puasa.

Kenapa saya kata ini acara larian yang ter’sakit jiwa’ saya pernah sertai? Nanti citer…. Memang rasa pada saya juga dan pada penganjur…

Larian Bendang adalah acara tahunan yayasan sultanah bahiyah . Dalam pada masa yang sama terdapat karnival YSB bermula dari hari jumaat 28 jun.

Saya dapat tahu mengenai LB2013 ni pun short notice je…. Lepas Kedah Mount Jerai Challenge 2013 je. Wife bagitau ada running event. Mula tu macam taknak join… Tapi dah ternampak HM tu mula la gatal kaki.

Masa tu saya mengalami kecederaan kecil pada hamstring dan shin splint. Pelbagai cara saya cuba untuk kurangkan kesakitan pada betis kiri saya.

Lepas daripada tu saya pun lepas kerja pi la kat alamat tempat nak daftar LB2013.

20130705-091020 PM.jpg
Borang Larian Bendang 2013

Yuran penyertaan agak murah rm30 je, kalau 7km rm10, kalau kanak2 3km rm5 je. Pada mulanya wife dan anak sulung nak ikut. Siap saya dah daftarkan tapi si anak no2 pulak ada sukaneka tadika. kalau nak dekat ada 2km je tapi untuk vip la, bayaq rm200 la… (dapat tracksuit, jaket dan tshirt)

Memandangkan masa tu ada insiden jerubu. Maka running event di kuala lumpur standard chartered Marathon ditunda pada 29 hb september. Maka kawan saya si Sabri pun turut serta.

Macam biasa dua tiga hari sebelum tu saya carb load. Makan mana yg ada. Kali ini saya sempat guna endomondo study route perjalanan larian bendang.

Konon masa berlepas untuk kategori HM pada 6:30am, jadi pada pagi 29 jun tu saya bertolak dalam pukul 5am dari sg petani ke stadium darul aman. Kali ni masa nak bersiap dari rumah saya sempat ‘uh-uh’… Haha

Sesampainya saya dalam 610am, saya solat tepi kereta. Jumpa sab dekat KFC stadium. Dalam 6.20am kami pun pi la kat dalam stadium…

20130706-025921 PM.jpg
Tak ready apa pun lagi

Masa sampai, tak de pendaftaran peserta. Ramai tak datang lagi, hmmmm tak pelah… Mungkin yg kategori lain lambat sikit tak pe kot…

Mulakan dgn stretching… Tengok jam… Mak aiiii, dah 6:45am tak mula lagi!!! Lepas tu gi kencing, stretching lagi… Mak aiiii tak start lagi!!! Dah pukul 700am!!!! Lepas tu ada pengumuman, “kepada peserta larian bendang, acara akan dirasmikan oleh VIP diraja dan MB Kedah baru”

Aku dengar yang tu dah agak, mesti lambat… Dalam 7:25am VIP diraja datang, dan MB Kedah baru pun datang 5minit kemudian. Acara dimulakan dengan sessi senamrobik

20130706-030522 PM.jpg
Tak mula lagi… Sakit Hati kan?

Setelah senamrobik, barulah kami di lepaskan….

20130706-030838 PM.jpg

Dalam 755am baru kami dilepaskan dengan das tembakan…

20130706-031137 PM.jpg
Peta perjalanan larian bendang 2013

Pada awal larian larian saya agak baik… Saya dapat maintain sub 6min/km dalam 5km pertama. Entah akibat terik matahari dan kesakitan yang mula saya rasa di betis saya. Pace saya sudah menjadi perlahan dan pada 10km pace saya sudah menjadi 7min/km…

20130706-031453 PM.jpg

Cuaca yang terik menyebabkan saya dah jadi lemau dan keletihan. Saya dah kena hit the wall syndrome…

Selepas itu saya hanya dapat melakukan powerwalk pada 10km penghabisan. Hanya terdapat 3 water station, saya rasa memang kurang banding larian lain yang saya pernah pergi (>15km running event). Saya memakai kasut brooks pureconnect. Macam biasa saya tidak memakai stokin, tapi leg sleeve, saya rasa kesilapan saya memakai leg sleeve ini kerana ianya membiarkan kaki saya bengkak? Nanti saya try pakai compression sock pula…

Rasa givap pun ada… Memang masa tu dengan shin splintnya rasa nak nangis… Kalau nak balik pun, kereta kat stadium, kena jalan jugak gi sana…

So saya pun jalan, sikit2 lari… Tiba dengar Sab dah sampai… Alahai, kenapa dengan aku ni tak sampai2 lagi???

20130707-010236 AM.jpg
Lagi sikit lagi…

Sampai check point sini saya pun bukak kasut lari barefoot… Lari je… Mujur tak sakit… Masa masuk stadium tu pun hampes. Yang ada sukarelawan daripada St John aje yg tunggu… Sab pun dah tunggu kat situ…

20130707-010621 AM.jpg
Dapat jugak medal cabuk ni…

Lepas runwalk… Mode lapaq… Kami pun pi makan dekat gerai sepital aloq setaq lama…

20130707-011703 AM.jpg
Nasi lemak dua bungkuih…!!!

Lepas dari event ni sampai sekarang saya mengalami shin splint yang teruk. Hinggakan boss kat spital mengusik masa lari jatuh dalam bendang ka? Haha

20130707-012241 AM.jpg
Pre run kinesio taping, power tak? Haha

Pengajaran saya dapat dalam run kali ni.
1. Event kalu ada VIP rasmi memang hampes. Janji dalam brochure lain, bila start lain. Kalau tau amik 7km pun dah ok…
2. Jangan eager sangat nak lari lepas dua minggu naik bukit… Haha
3. Kalau letih tu jalan je la.. Ada ramai yang tak pi ke garisan penamat balik macam tu je…

Apa lagi aku tak pueh ati pasal run ni? Aku tak perform la… Haha

Ok lah…

20130707-012658 AM.jpg
Ni gambar via nikeplus…

InsyaAllah buat masa ni masih berehat

Pada kawanku seagama islam, saya ucapakan selamat menjalani ibadah puasa…

Salam

Advertisements

4 thoughts on “My worst running event so far; Larian Bendang 2013

  1. Get Well Soon, Doc! Penah gak rasa shin splint nih masa lari Hat Yai arituh walaupon mild dan sekejap je tapi rasa sakit sangat nak melangkah woo, sampai nak nanges hehe… Tuh sebab xstretch abes time tuh… Insaf sat…

    Rest pon part of training kan… Congratz la coz berjaya abeskan walaupon dlm keadaan terkena shin splint n kepanasan terlampau tuh ya… Never stop running… =D

    • At this moment saya masih dah tak berlari hampir 12hari. Shin splint masih terasa. Nak step masa berjalan shin mmg rasa nagging pain. Dah lah oncall kat spital berjalan tu lebih >10,000 steps per call… Adehhhh!!!

      Saya dah jumpa my ortho colleague, dia kata muscular injury je, nothin to be worried.

      Disebabkan tak leh lari maka beskal buruk jadi mangsa…

      Nak beli roller foam mahal!!! Guna botol air mineral je la buat roll… Hehe

    • Arrgghhh jangan sebut larian bendang, mau naik bebai bila pikiaq… Hehe

      AJSC2013 run mmg best, siap bila sampai tu print official timing. Yg best sy dpt tahu masa tu sy top50 wpun sampai lambat dan pace berterabur, tu yg seronok tu 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s