SP half marathon 2013 revisited

Dah lama tak post dalam wordpress ni… Rasa berhabuk dah. Ingat masa ramadhan hari tu nak post pasal tahun ni kurang running dan banyak cycling pun terbantut macam tu je.

Nak pos artikel pasal kena shin splint lepas larian bendang yang menjengkelkan tu pun kelaut lupa. Sibul dengan kerja, on call dan malas… Haha

Tapi kali ni mmg nak kena pos jugak…

Kenapa SPHM (Sungai Petani Half Marathon) ni ada punyai satu kenangan tersendiri? Ya, inilah running eventku yang pertama aku sertai dan sampai sekarang aku dah mula ketagih untuk menyertai acara larian (kalau dekat2 area utara la..)

Acara SPHM2013 berlangsung pada 14 Sept 2013. Beza dua minggu lewat banding tahun lepas (1 Sept 2012). Acara kali ini merupakan acara kelapan kalinya aku sertai dan buat kali ketiga aku menyertai acara half marathon.

Semasa puasa hingga raya puasa. Hampir tak berlari aku sebab penangan shin splint. Buat xray kat kaki n lutut takde micro atau hairline fracture. Cuma bengkak kat area tulang keting (soft tissue oedema). Pada awal tu mmg sakit sampai jalan pun nak kena berhenti sebab sakit. Nak solat duduk antara dua sujud pun siksa…

SPHM2013 ni aku dah online register awal Mac. So ini acara yang aku nantikan juga… Cuma persoalannya aku tak train balik untuk 21km. Sebab sibuk on call nak dan injury.

Persoalan kedua, aku dah serik nak pakai kasut puma faas 350. Bagi aku kasut ni lah yang ‘culprit’ buat aku injured (mungkin injury tu dah ada cuma faas350 tambah bom jangka je). Nak pakai pureflow dah season sangat. Nak pakai pureconnect takut terlampau nipis…

Memang kalu dari segi running mmg kelaut… Ogos saja mileage aku memang kurang sangat.

20130915-124539 AM.jpg

36km je untuk sebulan?

Yang membuat aku rasa gembira adalah kerana si Hana anak aku pun nak sertai larian SPHM bagi kategori 3km (sekolah rendah). Hana ni masa kat sekolah pun bagus, merentas desa dapat tempat ke-11 dan 4x100m pun dapat pingat gangsa.

Last run aku sebelum event ni adalah sehari sebelum run. 5km tu je. Endurance aku selepas rehat panjang memang kelaut. Yang aku perasan my resting heart rate pun dah naik dalam 55-58bpm. Paling low aku pernah dpt 45bpm

20130915-125125 AM.jpg

nak run macam ni? Hampes la…

Jadi petang tu selepas ambil hana dari tuisyen aku pun pergi Sunway Carnivall saja cuci mata tengok kasut running sambil carb load.

20130915-125424 AM.jpg

Perhabis kupon rm20 baucar pizza hut

Tergezut jugak aku kat Sunway carnivall seberang jaya ada kedai kasut skechers. Memang la kasut baguih, tapi sedia pulus la… Skechers gorun2 saja rm399… Adoyai…

20130915-125654 AM.jpg

duit duit….

Lepas tu pun aku pi kedai sukan studio. Ada brooks!!! Yeahhh, pi tengok kasut model baru Ghost6… Mak ai!!! Rm449 !!! Kalu diskaun 30% pun rm315… Alahai… Tertengok Ghost5, rm229 je…hmmmm ghost5 atau ghost6? Baik amik ghost5 sebab memang runners world editor’s choice award 2012. Apa lagi sambar je la…

20130915-010418 AM.jpg

ops, i did it again (buying running shoes)

Sebelum balik wife tapau subway menu of the day, chicken slices. Makan lagi…

20130915-075218 PM.jpg

sedap…

Si Hana gembira sakan, malam tak titon lagi… Jenuh kena suruh dia tidoq…

Kali ni kawan aku si Sab tak dapat join pasal ada hal. Tapi dia suruh ambilkan bib no dia…

20130915-075517 PM.jpg
macam biasalah kena post gambar no bib, haha

20130915-082204 PM.jpg

me and my daughter bib’s numbers
ait, AR tu stands for my initial, and 13 tu my birthday… Coincidence? Hmmm

Pagi tu kami bangun awal, dalam 5:15am. Hana 5:30am. Tunggu azan subuh dalam 5:53am. Dah pakai baju untuk lariab kami pun bertolak ke Dataran Jam Besar dalam pukul 6:05am.

Agak cuak sebab sampai dalam 6:25am. Tak sempat nak prepare apa… Saya terus bergegas ke tempat permulaan. Aku suruh isteriku dan hana tunggu kat Jam Besar (kategori Hana dalam 7:15am). Sampai je kat tempat permulaan, terdengar…”5,4,3,2,1….teeeetttttt!”. Laaa dah mula ghupanya… Masa mula lari… Eh tengok diorang ada riben… Eh kenapa aku tak dapat… Tak pelah… Kalau tak dapat finisher medal, my nike GPS jadi bukti…

Kali ni aku tak berapa nak ambil gambar masa run… Aku tumpukan masalah pada kaki aku. Pada awalnya sakit tapi lepas rasa tahu step pakai kasut Ghost5 ni… Rasa selesa pulak… Memang lah tak heran dinobatkan sebagai kasut runners editor choices.

Aku tak lari laju… Tahu aku tak train takut injured. Pace 10km pertama dalam 7min/km++ saja. Aku anggap ni sebagai train LSD aku… Slowly aku menyusuri masuk kampung che bema… Alhamdulillah water station mencukupi… Kali ini energy gel aku tak jatuh kali ni…

Tapi pada 15km seterusnya memang al dah rasa nak hit the wall… Letih… Pada awalnya aku buat runwalk 5:1minit sekarang dah jadi tak tentu… Aku teruskan jugak tapi kurangkan 3:1 sahaja… Aku menyusuri sungai layar dan depan sekolah keb syed jan aljafri. Kemudian terus ke taman jublee. Setelah itu aku menuju ke bulatan depan sekolah menengah ibrahim.

Pada ketika itu aku memotong seorang uncle cina tua. Dia tegur aku, “adik lari adik, jangan jalan saja ma… Tengok uncle dah tua pun uncle lari lagi…”. Saya cuma menyapa senyum, “dah cramp la uncle”

20130915-090036 PM.jpg
terima kasih blogger alharis akan gambar yang ohsem ni

Aku dah terlalu letih… Jalan je melalui jam besar… Tahun lepas aku lari (alah sebab 12km je masa tu)

Alhamdulilah sampai!!!

20130915-090401 PM.jpg

Ketibaanku disambut oleh isteriku dan anak sulungku yang dah awal2 habis run… Abah bangga dengan Hana ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

20130915-090709 PM.jpg
proud father…

Cuaca yang sungguh baik… Redup dan tak panas… Memang melegakan hati dan kakiku ini…

Tak nafikan pace kali ini memang slow tapi aku memang berhati2 nak run. Takut insiden shin splint berulang. Memang aku rasa lega pada keesokan hari aku cuma mengalami cramp bila pergi kerja…

20130915-092600 PM.jpg
pace slow je…

Rasa seronok…

20130915-092702 PM.jpg

me and my daughter finisher’s medal

20130915-092824 PM.jpg

summary of my run, thanks to my lovely wife for her full support of this obscession… Hehe

Memang kali ini SPHM2013 memperbaiki segala kelemahan yang ada seperti isu water station untuk HM. Cuma ada kelemahan seperti point direction untuk HM. Selain itu ramai bercadang kepada organiser akan menggunakan electronic bib system. Namun bagi aku itu tidaklah menjadi masalah besar…

Aku ucapkan tahniah akan krew2 SPHM2013. Terbaik!!! Anda menaikkan nama Sungai Petani sebagai salah satu bandar yang ingun dilawati oleh runner.

Aftermath?

Apa lagi makan la!!!!

20130915-093431 PM.jpg

sila sila… Hehe

Apa pun sebagai parents aku bangga anak aku suka akan sukan dan kesihatan selagi tidak tinggalkan pelajaran…

20130915-094100 PM.jpg

sijil yang sungguh ohsem

Ok lah… Ada apa2 nak tambah? Saya rasa event SPHM ini patut ada dalam diari runner terutamanya runner yang berada diutara.
InsyaAllah jumpa lagi tahun depan!!!!

๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

Advertisements

10 thoughts on “SP half marathon 2013 revisited

  1. salam saudara,
    SPHM ni ok la compare dengan larian bendang dulu. start awal and cuaca pun mendung, water station pun cukup..thank to penganjur…for sure, next year saya datang lagi…hehe

  2. Tahniah. Your timing was good considering your injury and that being your second HM. Nasihat saya if you really want to do this. is to train according to training programme. I started my HM with 3:20 nov 2011, 2:48 Feb 2012, 1:55 Jul 2012.

    • Wahhh, thanks uncle for visiting my humble wordpress ๐Ÿ™‚ i’m honoured n felt motivated for ur support during that time. ๐Ÿ˜‰ hope we meet again in future ๐Ÿ™‚

      Thanks again ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s