anda adalah seorang ‘runner’ sekiranya…

Dekat nak exam ni lah makin gila. Masa ni lah juga idea mencurah nak taip blog… Alahai…

Apa nak tulis kali ni? Teringat dalam tip4running.com ada 50 sebab kenapa anda adalah runner. Dalam runners world pun ada… Secara amnya beberapa sebab anda sebagai runner tu banyak…

Macam macam sebab kenapa anda layak digelar sebagai runner bagi saya ini versi saya yang sengal dan mungkin versi 1 Malaysia… Haha… Mungkin agak parodi… Perhaps?


Anda boleh digelar sebagai ‘runner’ jika dari segi :

Pemakaian – kasut
1) anda boleh agak bila nak tukar kasut tu bila dah sampai masanya
2) anda punyai kasut hinggakan nak run pun boleh decide nak pakai yang mana
3) isteri anda tarik muka kalau pi shopping complex mesti berejam pilih kasut (alah kalau dia pilih handbag tak pe… Hahaha)
4) anda tahu apa itu D dan 2E tu apa maksud
5) anda tahu apa maksud overpronate, neutral dan underpronate
6) anda tak kisah kasut tu lawa ke tak janji pakai dan lari
7) contradict dgn no 6. Anda tahu kasut futsal tak boleh bawak run dan kasut running tak boleh bawak main futsal
8) kalau kasut tu dah tak boleh bawa berlari, anda suka gunakannya semasa keluar berjalan dengan isteri/keluarga konon nak tunjuk anda ni runner lah
9) kalau anda balik kampung/bercuti/travel jauh anda akan bawa bersama kasut anda, manalah tahu sempat jogging

20130928-093846 AM.jpg
Puma Faas 350? Urrgh…

Pemakaian – outfit
10) anda sekarang jarang beli t-shirt sebab selalu dapat t-shirt running event
11) anda suka pakai tshirt running event banding t-shirt polo berkolar yg wife anda beli kecuali kalau pergi kerja (mcm saya on call masa hujung minggu)
12) dulu anda ni jenis tengok tiga jenama je… Nike, Adidas & Puma… Tapi sekarang anda tahu jenama lain macam Brooks, Salomon, NB, Asics even Hoka One One
13) anda tahu apa maksud ASICS tu

20130928-094230 AM.jpg
Taken somewhere in the web

Tempat kerja/belajar
14) anda akan sembang lancar bila bab running, tapi kalau macam saya bab exam/kerja memang hancur.
15) sanggup standby kasut dan peralatan running bila rasa balik lewat ke rumah, mana tahu sempat run…

20130928-095650 AM.jpg
SPHM’s Medals

Perangai
16) kalau kesesakan lalulintas padahal dah dekat atau pun ada sapa ntah bawak slow nak mampus (road hogging), sure akan kata, “kalau aku lari sure dah sampai/boleh potong kereta depan)
17) kalau tengok tiang atau km dari sesuatu tempat boleh tahu lari berapa lama nak sampai rumah
18) anda entah macam mana sebelum ni tak suka tengok siaran sukan marathon, dualthon atau biathlon, tetiba boleh minat…
19) anda tahu siapa itu elite runner macam mo farah, kara goucher dan jeff galloway
20) anda tahu apa maksud lactate threshold, tempo, fartlek dan LSD
21) anda tampal bib anda dekat dinding rumah anda sebagai ‘wall of fame’ tak pun anda ada clear holder file yg dalamnya ada bib nombor dan sijil penyertaan
22) sebab anda so call diet la jugak, anda makan kat luar pun dah pandai tak pesan benda berminyak melainkan carb load before race
23) anda nampak jalan raya yang tak sibuk itu seolah macam treadmill anda
24) anda jarang ke gym
25) anda suka gunakan tangga atau sikit bila tertinggal barang suka lari ke tempat itu bila di tempat kerja
26) bila lalu kat kiosk kesihatan yg ada treadmill, eliptical mcm kat Ogawa ke, Gintell ke etc, kalau diorang offer naik treadmill sure dgn pokerface kata, “saya memang running kat luar pun” (ayat kejam, hahaha)
27) bila anda dah plan baik nak jogging, tetiba hujan… Masa tu dalam hati terdetik, kalaulah dalam rumah ada treadmill…

20130928-095023 AM.jpg
Homer’s running, believe it!

Media Sosial
28) makin ramai kawan anda daripada pelbagai lapisan runner, elit dan amateur
29) anda suka komen pasal pengalaman anda run
30) anda punyai banyak apps, nike plus, endomondo, runkeeper, calculator for runner
31) anda ini bagi sesetengah kawan rasa anda ni cukup menjengkelkan asyik dok post pasal running, ye ke… Ini link
32) anda sanggup berjam2 survey pasal tips untuk run, event run yg berdekatan atau yang otai cari yg jauh jauh dan memorable, nak pergi macam mana dan nak tidur kat sana macam mana…
33) anda akan frust bila anda tengah run tetiba apps enpon jam atau tak boleh sync lepas run… Sakitnye hati!!!

20130928-095427 AM.jpg

Ada ke? Macam tak lawak je… Haha… Kalau ada tambah2 la ye… Saya pun baru lagi… Kot kot mendatang ada nak kena tambah lagi… Atau pengalaman anda?

btw ASICS berasal dari bahasa latin : anima sana in corpore sano = “a sound mind in a sound body”

Sekian

amarsa13 28/09/2013 11:15am

Advertisements

2 thoughts on “anda adalah seorang ‘runner’ sekiranya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s