Larian Kelantan 2013

Ingat nak senyap je pasal event larian kelantan 2013 tapi terpaksalah cerita… Bukan lain untuk penambahbaikan event.

Larian Kelantan adalah acara larian tahunan negeri Kelantan anjuran PPSK (Pusat Pengajian Sains Kesihatan) Universiti Sains Malaysia Caw Kelantan. Difahamkan dah lama dah ada event
. Berlangsung pada 05 Oktober 2013

Larian masih menggunakan route tahun lepas. Total mileage dalam 9.75km.

20131005-093754 PM.jpg

Kaki makin ok, cuma pace tak macam dulu, slow dan tak boleh sustain run… Lepas SPHM2013 average pace dalam 6:45min/km je…

apa nak cerita ni, blur la!!!

Owh, ye… Tahun ni lambat sikit banding tahun lepas (29 September 2012). Secara kebiasaannya larian kelantan ni tak banyak publisiti mengenainya (agak hairan sebab Kelantan cuma ada running event 2x je, larian kitar semula awal tahun dan larian kelantan… Itu saja!!)

Hairannya tak de event yang paling lebih dari 10km (even larian kelantan ni pun cuma 9.75km je). Half marathon even full memang tiada kat kelantan, jadi saya rasa anak jati kelantan selalunya akan cari running event di luar kelantan.

20131006-034451 PM.jpg
Banner Larian Kelantan 2013

Running event LK2013 pun kecil je. Cuma bagi limit 200 peserta untuk setiap kategori. Dan ianya prinsip 1st come 1st serve basis.

Sebenarnya running event ni masa saya daftar 1 Oktober lepas. Tapi kerani kat PPSK kata tarikh tutup dah tamat. Saya tanya bila, rupamya 19hb lepas!!! Aiseh, saya kata, tak pelah saya daftar nak bib number je kalau tak dapat baju pun tak pe.

Memang kalau larian kelantan buat mesti akan buat dengan hari terbuka HUSM. Ada ekspo ada malam kebudayaan islam, ada forum agama. Dikhabarkan masa tu Diana Ameer datang pada malam 4 Oktober dan Dr MAZA serta imam muda Asyraf hadir untuk forum perdana malam 5 Oktober.

Acara LK2013 dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin. (ada tak sebab saya lepas event saya terus balik dan bersiap untuk kelas bersama Prof Ismail Sagap.

20131006-035718 PM.jpg
Rombau Most Wanted, yo!!!

Training? 10km ni saya tak train pun… Lari petang je… Mengharapkan shin splint ni tak sakit… Alhamdulillah tak sakit sangat cuma bila laju sikit, mula lah terasa…

Hmmmm dah 10km, apa aku nak buat hah? Aaaaa aku dapat idea. Akak atau Auntie Justiffa pernah cadangkan kat aku supaya ada satu run tu pakai apa yang kita nak… Pada mulanya aku nak pakai baju scrubs OT, nak bubuh bib number “running doctor” tapi lupa bawak my OT Scrubs. Aku pun dapat idea lain… Rasa nak pakai baju melayu lah…

Mula tu rasa malu tapi, argghhh biarlah… Nanti mana tahu aku lari guna mascot ayam ke, bawak peti ais mcm Tony The Fridge Marathoner ke… Baru best, baru ceria sikit marathoner. Haha…

Pada hari Khamis ambil bib, memang respek sebab tersusun dan teratur, cuma slack sebab hari Khamis, kalau buat hari Jumaat cantil sebab dapat beri peluang pada peserta jauh dapat datang ambil bib (aku rasa better guna Larian HUSM atau Larian Kubang Kerian, lagi proper)

20131006-041101 PM.jpg
Bib Collection Counter

Macam nak marah pun ada, tahun lepas dapat baju dri-fit, tahun ni baju cotton je… Yuran penyertaan rm30. Kalau banding dengan jarak dan goodie bag tu kat penang banyak yang murah2 (rujuk blog alharis)

20131006-041503 PM.jpg
Yuran rm30 tu!!!

20131006-041556 PM.jpg
Baju cotton pun ok lah janji dapat… Awal2 kata tak dapat…

Seperti aku cakap, aku pakai baju melayu kan? Ni dia, haha

20131006-042217 PM.jpg
Comey tak kak ton?

Alhamdulillah kali ni penyertaan pun ramai dari geng2 doktor yang aku kenal. Baiz Iqbal, Dr Michael, Dr Nizam, Dr Yodi dan Dr Rosli pun join. Bestnya!!!

Macam biasa, kalau run ni yang bestnya, carb load!!! Jom melantak apa yang mengidam. Lama dah tak pekena nasi kandaq…

20131006-044144 PM.jpg
Yummehhh

Malam tu makan nasi dagang dan masa ambil prof pun makan lagi!!!

20131006-044322 PM.jpg
Pergghhh

Pagi 5 Oktober, aku pun bersiap ke Kompleks Sukan HUSM, naik kereta pegang dalam poket, eh energy gel tak bawak!!! Arghh pedulikan la… Macam tak biasa run 10km… Sampai cari Baiz, jumpa geng2 lain… Biasalah dah aku pakai baju melayu semua orang tengok lain macam je kutu sorang ni… Hehe.

Aku pakai kasut brooks ghost5. Ingat nak pakai puma faas 350 aku tu, tapi takut injury tu yang tak pakai…

20131006-043700 PM.jpg
Pre run pics mesti!!!

Sebelum kami dilepaskan terdengar kata2 sumbang, pakai baju melayu ni boleh habis ke?. Tengok mamat tu, leh tahan baju, kasut mizuno. Aku dalam hati, “we’ll see about that and i accept ur challange”

Tepat pukul 7.15am kami dilepaskan. Permulaan yang baik. Seronok pula run, tapi sebab baju melayu ni tebal rasa tak selesa pula… Awal tu dah ok, tapi rasa macam tak larat pula… Aku buat runwalk 4min run 1min walk. Ada dua water station, bagus. Kali ni saya ambil air sikit je… Nak try macam mana…

Masa km ke6-7 dah mula tak larat… Aku cuma run supaya pace tak sampai 7min/km…

At last sampai. Partially happy, Not happy due to pace tak berapa laju. Happy dapat reach 1600km milestones!!! Phew!!!

20131006-044705 PM.jpg
Thanks to Dr Nizam for this ohsem pics.

My average HR dalam 151bpm(75% dari Karvonen Formula tapi max HR dalam 170bpm(90% berdasarkan Karvonen Forma). Alhamdulillah…

Heran, tanya organiser mana sijil penyertaan, selalu masa habis akan ada bagi kat finishing line TAKDE!!!! Aiseh!!!!

20131006-045709 PM.jpg
Dari kiri Dr Yodi, Dr Nizam, Baiz dan aku

Eh, geram pasal tak dapat sijil (ye lah, tahun lepas at least dapat sijil, tahun ni tak de apa langsung) terubat bila yang cakap kata aku tak boleh habis run tu sampai lambat dari aku. Tu la… Lain kali jangan cakap sombong. Aku tunggu depan finishing line senyum je… (jahat jugak aku ni.. Hehe)

Lepas run kalau kat event HUSM atau Penang Run 2013(sebab bawah USM) mesti ada post run senam robik. Terbaik!!!

20131006-050246 PM.jpg
Best 🙂

Tapi kesuntukan masa aku bergegas mandi kat Pusat Islam dan terus ke kelas Prof Ismail Sagap.

My two cents point of improvement of this event
1. Kalaulah kelantan ada event full/half marathon kan best… Tapi lagi payah nak organise HM even FM kan? Especially time starting
2. Tarikh tutup dan tarikh ambil bib patut diberikan lewat sedikit.
3. Kurang promosi, tapi event ni macam student HUSM je predominasi
4. Takde finisher medal dan sijil jadi event ni lagi tak seronok….

20131006-055752 PM.jpg
Ni gambar tahun lepas… Hehe

Apa2 pun saya ucapkan tahniah akan petugas2 dan organiser LK2013 yang dengan sabar dapat menjayakan program ini.

Wassalam…

Time to go back to study !!! Lega dapat tulis no, kang teringat2 masa study… Hehe

Advertisements

6 thoughts on “Larian Kelantan 2013

  1. part tunggu mamat tu kat finishing line memang terbaik!!
    dont play play with the running doc. 😀
    congrats and lepas ni boleh buat baju yg nipis sket 😛

    • Sy tau saya pun tak laju, tapi tak pernah kata kat orang negative thingy as kita dah besar rahmat sanggup turun lari dari orang lain jadi couch potato…

      Saya tunggu kat finishing line pun (sbb saya tahu dia lambat) saya tepuk tangan bagi sokongan 🙂

      Nannoor, any idea that dry-fit cloth can tailored to be baju melayu? Ingat nak buat la… Cuma tulang jahit sure tak setuju… Sebab susah nak jahit… Hehe

      Later any fun run i wanna run with OT scrub suits as well as OT cap, HM tak leh la… Tak sampai tahap lagi… 🙂

      My wife usik, kenapa tak lari pakai dotti? Hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s