Finisher’s medal bukanlah segala-galanya…

Dah dekat enam bulan sejak Larian Kelantan 2013 aku malas nak tulis dalam blog, maklumlah beban kerja dah makin bertambah, amanah sudah berganda…

Alhamdulillah semasa November 2013 nan lepas aku lulus peperiksaan sarjana pembedahan (master in surgery). Alhamdulillah aku bergelar pakar bedah a.k.a Surgeon, syukur ke hadrat ilahi… Kalau nak rasa dengan usaha aku yh tak seberapa, macam fluke atau nasib aja… Sesuatu yg kalau disuruh aku ambil sekali lagi dan diberi rm1juta foc pun aku tak sanggup nak ulanginya… Memang getir. Nantilah, aku akan ceritakan pengalamanku yang beharga ini…

Aku nak cerita pasal kemarau pingat, atau kemarau medal yang melanda sekarang ni…

Sejak aku lulus exam, masa November 2013 nan lepas memang banyak running event, tapi sibuk exam punya pasal semua running event dihentikan buat seketika…

Lepas tu aku pulang semula ke hospital lama ku, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah kesibukan mula melanda, tugas makin bertambah, dah lah kena gazzette di sini… InshaAllah aku buat yang terbaik… Jadi keinginanku untuk menyertai running event kulupakan sementara…

Tapi, aku tak lupakan running workout aku… Kalau aku balik ke sungai petani (fyi tiap2 hari aku berulang dari Sungai Petani ke Alor Setar kerana keluargaku menetap di Sungai Petani) awal, let say dalam 6:30pm tu, lepas solat asar, aku cepat2 kenakan pakaianku, dan iphone4 iphone5s ku…

Berlari tanpa sebab ini, jadi motto aku sekarang, ianya lebih fleksibel dan banyak pada ‘bila aku sempat’. Namun aku cuba aim supaya hujung minggu aku sebagai larian jarak jauh ku (long run) (tu pun kalau aku tak on call hujung minggu…

Kalau pergi mana pun aku akan bawa kasut jogging, tshirt dan seluar ‘pandek’ (panjang pendek, ala seluar 3/4 tu…) kat dalam kereta, mana tahu tak sempat balik umah jogging, so aku akan jogging sebelum balik…

20140223-054503 pm.jpg
enam bulan kemarau finisher’s medal

Kalau saya dapat run 30min selalu saya buat fartlek atau interval.

20140225-075751 am.jpg
ni je mampu buat kalau sempat

Soalan, do I do this for finisher’s medal? No, why bother it?

Saya run bukan pasal medal, tapi untuk kesihatan saya… Saya run untuk ilangkan stress saya…
Saya run untuk hilangkan lemak kat perut gendut saya…
Saya run sebab nak lama kelamaan Saya nak beat rekod peribadi saya…

Kat sini (sama ada Alor Setar atau Sungai Petani) saya tiada running buddies, tiada running clinics macam orang KL… Tiada weekend small running event… Apa yang ada dengan saya? Cumalah iphone5s dan suunto M4 saya…

Ada orang masa dekat running event baru pulun exercise. Saya buat as usual… Seolah, tiap2 weekend ada event. Saya akan try run tapi jangan injured diri sendiri…

Ok, apa lah aku mengarut ni… Maklumlah cuti lama sikit, mula la mengarut… Ok petang nak buat fartlek 2min run fast 30min easy pace/walk…

Wassalam

24/02/2014
6:15pm

20140225-080006 am.jpg