SP Half Marathon 2014 – Third Year in a Row

Lama dah tak membebel kat dalam ni… Kerja punya pasal. Sebab selalu aku kata kat my junior Dr especially House Officer, kalau depa banyak masa depa tulis blog kutuk2 tempat kerja depa, depa tak da etika dan depa banyak masa untuk leisure. So takde alasan kata kerja ward tak siap…

Ok lah…

Tahun ni aku dah sertai SPHM buat kali ketiga. Memang macam acara tahunan. Aku join sebab sokong usaha local community sini je… Plus anak aku dah sejak Julai dok tanya bila abah nak join SPHM? Dia nak masuk…

Tahun ni ada kategori baru iaitu funrun 5km. Tetiba wife pun tergerak hati nak join. Ok la, harap2 suatu hari nanti kami boleh run 10km or even half marathon… Haha

Route HM, organiser masih mengekalkan route yang lama… Tu yang seronok nak beat tahun lepas rekod kat sini…

persediaan

Sejak Penang Run 2014 tu aku tak run apa sangat, ye lah sebab masa tu nak puasa… Then lepas raya memang pace macam hampas… Slow tak bermaya… Kerja lagi… Pace pun cukup2 makan aje… Nanti nak PBIM2014

mini event larian sihat 2014
Pastu ada la aku join mini event kat hospital larian sihat 2014. Untuk staff hospital sultanah bahiyah aje… Join je lah, sebelum buat weekend rounds… Haha… Mulanya diorang nak buat 8km tapi mungkin staff tak cukup drop to 4km je…

IMG_4485.JPG

Haha, tak sangka dapat tempat ketiga acara sebab lepas run, terus mandi buat wardround… Esok tu bigboss Mr Regunathan bagitau saya dapat tempat ketiga… Hahaha

Dua tiga minggu sebelum saya run saya suka gi kat muzium arkeologi buat runhill… Sakit kaki wooo… Tapi best!!!

IMG_4703-0.JPG

experimental

Selalu rutin aku try buat runwalk… Then entah macam mana ntah aku try buat run at HM pace which i believe aku punya HM pace dlm 6:45min/km. So aku run 5-10km dalam 6:30min/km. Aku kali ni tak nak run walk sangat sbb mcm aku perasan kalau nko dah boleh lari jauh sikit yg nko boleh expect mileage dia, try run at aerobic phase… Rasa macam less taxing… Cuma nanti kena try buat fartlek ke or tempo sulam….

baju pagoda

Aku perasan bila run pakai baju sintetik yang organizer bagi tu agak tebal dan tak sejatkan peluh dengan baik. Pastu rasa baju tu berat dan bola end run tu macam lari bawak guni air… No wonder ada debatable issue pasal cotton vs synthetic garments. So aku rasa run kali ni memang aku nak run dengan baju pagoda aje… Hahaha

carbload
Aku basically makan apa saja tapi dah jadi tradition aku akan makan benda berasaskan pulut macam lemang, pulut tanak etc… Memang sedap… Apa barang pasta!!!! Haha

race day

Kami bangun awal seawal 5am. Sebab kan kali ni wife pun nak run… Solat kat rumah siap2, minum kopi-O kopiko secawan pastu aku minum endurance dan whey protien satu scoop. Kami keluar dari rumah dlm 6:00am. Kami solat siap2 kat umah… Harap2 sampai on time. Kali ni aku pakai brooks pureflow2 sama macam aku pakai masa penang run 2014

Kami sampai kat masjid jamik alrahman tu dlm 620am… So kami jalan sana dlm 5min. So aku kata kat wife dan hana kata abah rush dulu…

IMG_4717.JPG ready to rock

3, 2, 1……….! Go!!!
Aku tak rush run macam tahun lepas… Aku just slowkan pace dalam 7min/km je… Congested pack, subuh yang sejuk jadi belengas dan panas… Then aku naikkan pace dan maintain dalam 6:30-6:45min/km je…

Water station tak banyak rasa dalam enam sahaja, ada water station bertindan dengan 12km tu yg dah habis airnya… Sampai aku mintak botol air extra kat volunteer yang sah kutip sampah…

Kali ni aku tak pasang ipod masa lari… Kali ni memang aku banyak experimental dengan benda baru… Aku perasan aku tak kalut nak dengar lagu dan nak run… Jadi aku boleh tumpukan dengan running form… Setiap 4-6km aku akan sedut energy gel. Mujur kali ni organiser bagi botol air mini 300mls. Kecil comel dan senang bawa masa run… Bila run aku sedut sikit energy gel dan hirup air secukupnya…

IMG_4718.JPG

aku tak suka attitude sesetengah peserta, memangla event ni hari sebelumnya hujan, bila ada lopak air ada tepi jalan, jangan la elak dengan lari masuk ke tengah jalan, kalau ada kenderaan dari belakang datang secara mendadak, tak ke boleh mengundang kemalangan?

Lepas tu yang dah lari 12km tu dah jalan tu jangan la jalan berkelompok atau saing sampai 3 orang satu barisan… Nanti kenderaan hantam dari belakang kan susah… Benda ni tak payah ajar masa start run tapi common sense la…

Kali ni 98% aku run dalam HM pace dan run sahaja… Ingat last energy gel yang aku bawa aku nak save tapi tak boleh, masa last 2km tu aku perasan aku nak hit the wall, aku terus sedut energy gel…

Aku sampai jugak!!!

Alhamdulillah… Aku tak sangka dapat atasi rekod tahun lepas

IMG_4779.JPG alhamdulillah…

aftermath

Wife happy walaupun run 5km dapat medal. Si Hana merajuk sebab run tak dapat medal, tahun ni cuma peserta 100 pertama sahaja dapat… Tangkap gambar pun merajuk…

Aku? Taktik pakai baju pagoda, tak dengar ipod mp3, negative pace dan corrent timing of nutrition menjadi… Alhamdulillah… Lepas run aku tak rasa letih sangat, kaki rasa sakit tu biasalah tapi tak seteruk dulu… Dah boleh adapt dah. Aku ibaratkan run ni mcm LSD training PBIM2014 nanti… Plus this marathon is my fastest pr so far for my HM. InsyaAllah will be more.

Esok tu? Aku kerja la… Ramai yang cuti…

IMG_4733.JPG

Semoga jumpa lagi di tahun hadapan. Terima kasih…