My first full marathon and PBIM experience

Tak tau nak tulis ni mcm mana… Owh kali ni, event yang ke-13 aku sertai… Ait, macam rancang la pulak, dah lah saya suka no. 13. Rasa malas nak tulis la pulak, sebab event yang rasa tak berapa menarik…

Ok lah, ianya event pertama saya menyertai full marathon. Tapi saya jarang untuk berlatih menghala kepada full marathon. Kesibukan kerja, masa untuk bersama keluarga saya utamakan dahulu.

IMG_4666.JPG nasib depa post racekit, nak ambil dengan tol lagi, minyak lagi

Training tak berapa sangat selepas SPHM2014 sebab kerja dan on call. Nak training run waktu malam pun saya nak spend quality time dengan family. Nanti rugi… Siyes… Muda2 tak pelah…

IMG_5159.PNG mileage tak bagus sangat, janji run tetiap minggu

November pun tak berapa sangat run… Maximum mileage pun dalam 12km je.

So rakan2 saya sekolah menengah set nak jumpa kat sana, even my hepatobilliary surgeon dan my MO pun bak join… So jumpa kat sana lah ye…

IMG_5129.JPG selingan; i love playing video games, hahaha

Biasalah saya 1-2hari sebelum pi shopping energy gel, terjumpa protien bar beli satu percuma satu. My concern takut overshoot caffiene je. So saya plan sedut yg noncaffienated then yang caffienated

IMG_5137-0.JPG try GU plak, powerbar dan horleys dah pernah cuba

IMG_5136.JPG carb load la macam biasa

Saya nak pakai baju pagoda mcm SPHM2014 yang lepas tapi wife tak bagi, sebab nampak obsolete sangat… Haha

Dah tahu PBIM2014 ni cukup sesak dengan runners, jadi kami ambil keputusan dengan kawan saya si Sabri car-pool ke sana.

Owh ya, macam biasa saya carbload, kali ni buat homemade spaghetti. Kuah dia pun saya buat sendiri. Guna tomato 10biji mesin n tomato puree. Campur herbs dan daging ayam cincang…

mesti sedap

Lepas tu as usual saya beli lemang

Memang tak expect apa pun… Janji lari… Harap habiskan dalam 5j30min je…

Saya bawak iphone4. Semua gambar prerun semua habis tak boleh post, sbb enpon saya masuk DFU mode. Paling busuk kena buat, kena install balik n upgrade 7.11 la… Alahai, dahlah enpon tu saya jailbreak kawkaw. Memang tak de gambar pun harap belas ikhsan kengkawan n fb page dia.

Dah minum ayaq banyak mmg nak meghuah kencing la… Mujur ada tandas bergerak… Ramai tul yg beratoq nak membuang… Haha…

1:20am
Kami pun bergerak perlahan ke garisan permulaan. Dengar kata seramai 65,000 peserta. FM sahaja dalam 8000 lebih. Lagu penang dimainkan. Bunga api dinyalakan

bagi aku kalau upacara antarabangsa ni patut nyanyikanlah lagu negaraku, kalau kat US boleh nyanyi lagu star spangled banner, kenapa kita tak leh?

Tetiba….

IMG_5156.JPG apa kesnya lori ayaq hon hon ganggu masa nak mula FM? Nak lari sama kot? Hahaha

Kami dilepaskan… Memang berpeluh kasap… Penuh… Ramai tul…

Saya pun cuba run walk 2min run 1min walk… Just nak relax… Bawak sampai 8 energy gel… 8 hydration pill… Giler tul…

Memang si Sab kata walaupun malam, tapi bahang jalan tar jambatan buat rasa berkuap panas… Pastu takde scene langsung, cuma laut je…
Checkpoin banyak water station dan tandas bergerak…

1st stint, alhamdulillah saya sampai ke tol casa tu dalam 2h30+ ada hentian tepi tol saya berhenti untuk buang air kecil dan basahkan badan. Energy gel plan nak amik setiap 5km… (Konon)

ada yang tak senonoh pakat pancut kencing tepi jalan, macam la takde jamban disediakan

Sampai ke km yang ke-30… Saya dah mula rasa kaki cramp, terutamanya pada pergelangan kaki. Mula rasa lemau. Alamak, dah hit the wall!!! . Otak dah demotivate jangan lari dah.. Adoyaiii… Saya cuba lari 1m30s pastu walk 1min pun tak berjaya… Last last 1min lari 5min walk… Hahaha

6:00am
Tengok jam, eh dah masuk waktu subuh… Camne eh nak solat…? Lari bermalasan, jumpa dua muslimin ni tengah solat subuh berjemaah dekat dengan emergency lane. Nak join masbuq tapi tak sempat. Ambil wudhu guna air mineral, dan solat. Kain sajadah? Biarlah jalan tar itu menjadi sajadahku…

Memang lemau… Cramp memang tak boleh blah… Makan pisang pun tak jalan… Sekarang aim kena habiskan… Just jalan… Jalan… Jalan… Jalan…. Jalan… Setiap 10min saya rest sekejap bagi hilangkan cramp…

8:00am

Dah nak nampak finishing line… Cuba run tapi memang lemau dah… Jalan je… Cuma last je lari sikit, mana tau cameraman amik gambaq… Haha

IMG_5172.PNG huduh tak?

Sampai, dah dalam 6h22min. Alhamdulillah tersenyum rasa bangga, saya dah jadi full marathoner!!!

Masa untuk beratur ambil finisher medal… Tu diaaaaa. Punya panjang orang beratur… Saya pun pergi kat tempat kami janji nak jumpa kat starting lineup. Sebab si Anas kumpulkan barang kami dan simpak kat locker room.

Kami pun tak tunggu dah… Si Fadhli datang ambil kami dan ajak makan kat Taman Tun Sardon. Dengaq kata tempat best kalau nak sarap. Ajak Syadat sekali.

IMG_5144.JPG muka poyo lepas run, hahaha

Kami pun pi makan… Biasalah run jejauh bukannya lalu nak makan. Sembang ja lebih dengan kawan lama. Especially Anas si classmate aku… Si Fadhli, Syadat dan Anas memang aku tak pernah jumpa selepas SPM… Ni jang kira jejak kasih ni… Sob sob sob…

Si Sab dan Amet agak selalu jumpa…

IMG_5142.JPG tiada dalam gambaq; si Amet

Lepaih makan, si Fadli ajak mandi kat umah mak dia, kasi segaq sikit… Orang berjaga malam pasai qiyamullail… Aku berjaga sebab nak run… Adoiii

Eh, mana finisher medal & shirt? Jap jap…

IMG_5141.JPG nin dia… Haha

sampai kat rumah si sab bawak pulang dalam 1pm… Balik terbungkang tidoq… Termimpi pasai run… Rasa tobat lahum tak nak join dah FM (tipu je ni…)

at last, i’m a full marathoner, alhamdulillah

aftermath of PBIM2014

Ramai yang memberikan reply dan komen yang negatif akan cara penganjuran PBIM2014. Terutamanya pada acara 10km funrun. Mau taknya ramai giler, pastu lari kat jambatan. Mujur tadak orang mati terpijak ka…

IMG_5154.JPG

IMG_5155.JPG macam sardin je

Pastu, tapak penganjuran agak becak, sepatutnya pihak penganjur sah turap kawasan. Ni macam pesta woodstock pulak…

Ada kata sukarelawan cuma dapat roti oat 70sen je… Alahai… Kesian tul…

Saya harap tahun depan ianya dapat diperbaiki… 😂😂😂

Ok lah… Lega jugak dapat post ni… Lama tertunggu…

InshaAllah more to come…

Next run?

Penang Run HM2014

#runningsurgeon
6 Dec 2014

Perasan trail runnerlah pulok…

Tak de apa sangat nak citer, lagi dua minggu je nak PBIM2014. Owh by the way, tu pertama kali saya join FULL MARATHON, giler ke hapa entah lah…

Semenjak dua ni saya suka run ikut route jalan tak berturap… Alhamdulillah dua benda tu ada kat rumah mertua saya dan hospital saya kerja.

Trail run memang syiok, tetambah lagi ada naik turun. Kalu flat trail bosan gak… Kat area saya duduk tak banyak inclination sebab tanah bendang je… Mostly saya lari lorong tepi bendang, bukan petak bendang. Rosak padi orang oii… Hehe

IMG_5061-0.JPG lawa tak? Permai rasa…

Sambil run, saya snap dua tiga gambaq yang cun… Alhamdulillah tempat kerja saya ada route menghala ke tanah bendang… Hampir 90% tanah merah…

IMG_5058.JPG lari tepi tali ayaq!!!

Mesti orang KL jeles… Haha

IMG_4894-0.JPG eh lupa la yg saya beli Garmin Fenix 2

Kena cari route… Seronok plak…

IMG_5056.JPG lupa nak habaq saya dah lama beli Columbia Ravenous Lite ni, cuma tak review kasut ni

Banyak benda yang saya beli mcm pureflow2, ravenous lite, fenix2 etc etc yang saya tak update… Alahai…

IMG_5088.JPG lawa kan? Jangan jeles… Hehe

Ok lah, esok kerja… Ada op, lagi tiga hari nak Penang Marathon, ambil full marathon plak tu… Gila…

IMG_4666.JPG kerja gila

Ok lah… Ngantuk ni… Nanti update lain… Salam

#runningsurgeon