Penang Duathlon 2015 my first cycling adventure

Lama dah tak update blog nih. Lepas event Penang Duathlon memang tak sempat nak update. Padahal selalunya saya sempat postkan pengalaman event, tapi kali ni dengan on call dan kena cover LIMA 2015, itu sebab post nih jadi keciciran. 

Lepas Penang Run 2015, memang tak buat apa. Cuma run aje. Pastu try kayuh gerek… Ada la saya buat 40-60km solo ride. Dengan nak biasakan diri pakai cleat, ada pernah jatuh masa stop, hahaha lawak campur sakit pun ada… Macam nangka busuk bila jatuh!!!

  Masih slow 😭😭😭

Mileage pun tak banyak masa tu. Sebenarnya ramai yang ajak saya masuk Penang Duathlon 2015 nih, tapi saya ter’miss’ register.  Jadi saya pun tak berapa kisah sangatlah nak join… Siap depa email kata mintak maaf sbb registration closed. 

Pastu kawan saya offer (sebenarnya senior saya masa kat Ireland) abam Dr Arman Aziz offer, pasai dia rebah naik gerek (bahasa mudah jatuh naik basikal la…) sampai patah tangan dan masa tu beliau telah menjalani pembedahan untuk kepatahan tu dan dalam proses rehab. Mula tu malas la… Tetiba kawan offer, eh hang guna la beskal aku… Beskal apa? Bianchi Infinito aku… I mean… Whatttttttttt? Bianchi infinito? Biar betik? Mahal gerek tu!!! Dia kata pakai la, nanti dia datang bawak. Aisehhh malu la kita… Gerek murahan aje… Tangkap nangis karang… Hahaha… 

Event

Event depa buat kat Empangan Teluk Bahang pada pagi 15 Mac 2015 bersamaan hari Ahad. Memang kawasan Bukit, beralun. Hilly mountain. Sekarang masalah aku, sapa nak cover aku masa cuti nih. Big boss pergi Coloproctology Conference, tinggal sorang je la kawan aku cover ward. As usual aku arrange orang untuk cover, dapat la aku masuk event nih. Bukannya selalu aku mintak cover… 

Mana nak lepak? Hmm good question, si triathlete wanabe Dr Aktar book Hard Rock Hotel, again aku pun whatttt? Tak pernah lepak situ siut… Aku rakyat marhaen aje… Dia sewa dua bilik, so bila wife family Arman, Aktar and Azam boleh lepak lagi satu bilik… Arman disebabkan datang awal dia bagi Bianchi Infinito masa datang rumah aktar bagi aku setup gerek tu… 

Owh, did I mention? Friday 13th of March was my birthday. Untuk omputeh sure takut la… Besday Friday 13th plak tu… Hahaha… So… I did my birthday run… So happy for it… 

  Trail Run during my birthday. 

 

 Yummehhh

So, saya dapat Bianchi tu Jumaat malam Sabtu. So tak sempat nak setup apa

 

 Menangis la Polygon C4 aku… Hehehe

Sabtu mujur ada kenduri adik kepada sahabat wife aku. So carbload la jawabnya, hahaha 

  

Disebabkan aku pun rush sebab nak amik bib no si Arman tu aku terpaksa keluat dari rumah dapam pukul 330pm, nak elak sesak kat Penang. Aku tak bawak family sebab esok sekolah… 

Aku bertolak petang amik bib. Jumpa Aktar. Pastu ada pre-event dinner aka carbload… Kami pun apa lagi melantak la… Sempat jumpa Anas masa tu…

  Budak 5H memang giler sket… Hahaha

Pastu makan aku ronda sat bandar Penang, pastu head up to Hard Rock Hotel… Apa? HRH?

Sampai kami duduk dlm bilik lepak jantan. Bawak gerek masuk dalam. Setup apa lebih kurang

 

 Bersepah!!

Tidoq kaih… Esok nak run and ride. Aku biasalah insomnia, tak leh titon awai… Hahaha

Esok pagi kami bertolak pagi dalam 530am. Mangkit awai tau…

 

 Solat itu tiang agama

Kami berhenti solat subuh kat Masjid Teluk Bahang. Lepas tu pergi kat empangan. 

  Lautan Gerek

Warmup tak habih habih… Sampai kat situ 645am. Event start dalam 8am… Sebab nak serentak dengan acara triathlon. 

 

  Ready

Yesss, kami start!!! Aku pun lari la… 1st stint run aku bermula dengan baik pace maintain dalam 6m45s/km. ni issues on that

Pastu naik gerek… Aku mula ok, aku capai hydrapak aku (dalam tu ada 1.5L air aku campur dengan hammer heed). Kayuh la area jalan teluk bahang. Bahaya jugak, naik curam incline dia sakit jugak… Masa kat mana tangkap cramp la pulak… Picit sket kaki then leh sambung… Aku ni gayat sket masa turun. Ye la aku pernah jatuh moto sampai patah pergelangan tangan. Pastu seminggu sebelum tu aku operate pesakit accident pecah limpa, buat splenectomy

Aku tak reti embed youtube ni punya video emergency splenectomy. Respek surgeon nih

Aku naik bike dalam 2jam ~ 20kmh aje mmg berhati-hati sebab ni my 1st event aku…

Sampai 2nd transition dah panas utari… Kok… Aku panas sangat aku nasib teringat aku bawak topi koboi. Panaih lit lit dah. Aku apa lagi, pakai topi koboi la run… Haha. Ramai tangkap gambor aku… Kekeke

 

 Amacam encem tak?

Masa ni aku dah hit the wall dah 10km yang lemawwww. Last 4km aku jalan aje… Nak run cramp kaki… Siut la… 

At last sampai jugak…

  Overall Event. Memang ke laut la…

Duathlon via My Garmin

Event? Letih pun dapat, medal dan small hankies…

 

 I’m a Duathlon Finisher

  

Antara imej yang di capture oleh paparazzi… Hehehe

Lepas event balik bilik… Terus berendam kat kolam, then terlelap kejap… Pastu dalam 4pm aku balik… 

Balik pun jadi cerita lawak… Aku ‘terambil’ bike Arman bawak balik. Mungkin otak low oksigen tak tinggal kat dalam bilik hotel. Kedua si Aktar la kata yang si Arman tak guna lagi bike ni sebab tangan dia yang patah tu… Siut la… Hahaha

Apa pun ni kenangan pertama aku… So more to come from my gerek polygon zuhud aku tu… Hahaha

Isnin aku kerja. Kengkawan heran awat tak amik cuti? Aku kata aku ok je datang kerja. Selasa? Off to Langkawi, kena cover Lima2015 pulak… 

 

 Masa al-Fursan buat air show

Ok lah… Lega dapat buat blog nih… Dah bertangguh…

Nanti cerita lain… 

Salam… 

Ni buat kengkawan team sembang deraih (TSD) Aktar, Azam, Arman, Kadiaq & aku Amin

#runningsurgeon

25 April 2015

BTW : goodluck to my junior friends for thier upcoming final master in surgery…

 

Advertisements