Cerita Biasa Seorang Doktor Bedah 1

(Asal ni aku taip dan post dalam facebook…)

Aku tak pandai tulis cerita kisahku sebagai doktor bedah. Mungkin aku tak pandai cerita pasal menda ni sebab mungkin term dia mungkin agak janggal diceritakan buat kengkawan bukan non medic. Cerita aku mungkin terlalu simple, tak bombastik macam kes kawan2 kena mass disaster ataupun cerita pasal kat klinik. Sebenarnya banyak… Tapi aku ni mungkin tak pandai garapkan buat bagi nampak sedap…
Ada, mungkin tak best sangat kot nak cerita. Semasa tahun pertama aku di HSB sebagai master student dalam 2009, pada suatu hari aku ditugaskan 1st surgical MO oncall. 1st call pada zaman itu kami cover kes rujukan kecemasan dan wad acute surgical. Pada ketika itu saya menerima kes rujukan di redzone kes kemalangan seorang budak muda lingkungan 20an yang mengalami pendarahan dalam paru2(hemothorax) akibat patah tulang rusuk. Selalunya kalau MO kecemasan sibuk saya tak de masalah melakukan prosedur ‘chest tube’ insertion, sebab kadang kalau sempat boleh saya ajarkan pada doktor pelatih. 
Setelah selesai prosedur, alhamdulillah pesakt tersebut stabil dan nafasnya beransur normal dan tak tercungap2. Saya pun memanggil waris(ibu) pesakit dan memberitahu akan apa prosedur yg yelah saya lakukan dan apa rancangan kami ketika pesakit berada dalam wad. Kelihatan ibu pesakit nampak mcm tengok aku macam ada serba tak kena aja… Kenapa pulak nih? Biarlah perasaan je kot. 
Aku pun duduk di meja kaunter redzone untuk menulis apa yang telah berlaku dan prosedur apa yang telah dijalankan. Tiba tiba ibu pesakit datang ke meja tersebut dan bertanya, “ni Dr Amin ka?” Owh aku pakai nametag, sabit pun dia tau nama aku tapi awat pulak? “Ya, kenapa makcik?” Dia bertanya lagi, “doktor dulu dari Kangaq kan?” Ahhhhh sudah sapalah pulak stalk aku sampai sini nih, bisik hati… Aku pun menjawab, “ye, tapi kenapa ye makcik?” Setelah itu dia pun senyum lebar dan berkata, “doktorlah yang rawat si adik dia masa kat Kangaq dulu, si adik dia masuk ICU, bubuh tiub kat dua dua kiri kanan rusuk, pastu doktor buat tiub kat leher dia (tracheostomy) kat dia. Lama dia duduk icu dengan wad tingkat 2 sampai dia balik la”
Aku membalas, “ye ke? Mana dia?” Ibu pesakit tu kata, “ada!!! Tunggu kat luaq sana tuh, sat saya panggil dia…” Lalu adik lelaki pesakit yang merupakan bekas pesakit aku pun masuk dan ibu pesakit menceritakan kat si adik tu dan dia pun terkejut dia berjumpa aku bersalam dan mencium tangan aku tanda terima kasih… Aku tanya si adik, “mana parut tiub peparu?” Dia selak sikit baju dia dan tunjukkan parut tersebut. Ya, kesemua parut sudah sembuh, alhamdulillah…
Terdetik aku pun bertanya pada ibu pesakit, “awatnya yang abang accident kat sini pulak?” Ibunya menjawab, “dia kerja kat aloq staq doktor…” Lalu aku pun berseloroh, “uishhh adik saya rawat, ni abang pun sera ikut saya kerja mai sini nak saya jaga jugak ka?” Ibu dan adik pesakit ketawa sejenak… Setelah itu saya memohon untuk ke wad sebab ada hal perlu diselesaikan… Alhamdulillah, pada hari keempat pesakit dibenarkan keluar setelah peparunya kembang seperti sediakala… 
Saya berjalan ke wad 3c sambil tersenyum dalam 2am setelah selesai kes tersebut, sesungguhnya Allah maha kaya dan maha pengatur dan merancang segalanya. Walaupun dah enam tahun berlalu, cerita ini kekal segar diingatanku. Sekian karangan bukan UPSR buat kengkawan… #ceritabiasa #ceritadoktor

InsyaAllah sambil cerita running aku aku selitkan kisah pengalaman kerja aku… Biasa je… Tadak bombastik pun…

Advertisements