My Worldcup Timeline

1978 – i was born, argentina won…

1982 – i was 4, italy won, couldnt remember a thing, probably the less viewed wc and less told wc…

1986 – maradona fever, i was in std 2. Deny ‘Hand of God’ but later >20years admitted it…

1990 – i was in standard 6, i made a scrap book with wc news strip for that. I remember bodo illgner saved penalty to reach final in Rome. Gareth Southgate the villain to remember…

1994 – brazil won, we were in mrsm beseri’s dining hall watching roberto baggio missed the penalty. From that day onwards, no more tv time for us (as the form5 students vandalised the dining hall, crap…)

1998 – i was studying a-level, came back to msia on summer watching zidane holding the cup in kl. Watching Nigerian beat Spain, and Germany lost to Croatia… Ronaldo had stage freight during final.

2002 – my 4th year med students, watching brazil won on tv at dublin. Proud irish spirit with the absence of roy keane.

2006 – as a surg mo, watching zizou headbut ting in tv in kangar. Last appearance of him for France in horrible way.

2010 – 3rd year mmed student watching wc in kelantan, really different scenario…

2014 – 14th july, on call the day before, watching Gotze scores the late goal during sahoor… Before that watching German trashed Neymarless Brazil… Messi so called not worth to take the Golden Ball awrard (by Maradona)

2018 – ????

What’s your timeline experience upon #worldcup?

20140716-060428 am-21868255.jpg

Advertisements

Maaf sibuk sesangat

Dah lama tak taip blog, memang sibuk lepas exam ni… Memang sibuk… Ingat nak ceritakan perihal lulus exam pun tak sempat… Insya Allah nak tulis… Moga jadi bekal kekuatan pada semua.

20140102-114411 AM.jpg
My ‘mantra’ during exam days

Hari ni merupakan hari pertama aku bergelar sebagai ‘Mr Amin’, harap dalam tempoh ‘gazetting period’ enam bulan ni aku boleh buat yang terbaik untuk pesakit… InsyaAllah…

20140102-114602 AM.jpg
‘siap kasut pun ada nama mr amin? Hehe’

Ok…nanti cerita lagi 🙂

anda adalah seorang ‘runner’ sekiranya…

Dekat nak exam ni lah makin gila. Masa ni lah juga idea mencurah nak taip blog… Alahai…

Apa nak tulis kali ni? Teringat dalam tip4running.com ada 50 sebab kenapa anda adalah runner. Dalam runners world pun ada… Secara amnya beberapa sebab anda sebagai runner tu banyak…

Macam macam sebab kenapa anda layak digelar sebagai runner bagi saya ini versi saya yang sengal dan mungkin versi 1 Malaysia… Haha… Mungkin agak parodi… Perhaps?


Anda boleh digelar sebagai ‘runner’ jika dari segi :

Pemakaian – kasut
1) anda boleh agak bila nak tukar kasut tu bila dah sampai masanya
2) anda punyai kasut hinggakan nak run pun boleh decide nak pakai yang mana
3) isteri anda tarik muka kalau pi shopping complex mesti berejam pilih kasut (alah kalau dia pilih handbag tak pe… Hahaha)
4) anda tahu apa itu D dan 2E tu apa maksud
5) anda tahu apa maksud overpronate, neutral dan underpronate
6) anda tak kisah kasut tu lawa ke tak janji pakai dan lari
7) contradict dgn no 6. Anda tahu kasut futsal tak boleh bawak run dan kasut running tak boleh bawak main futsal
8) kalau kasut tu dah tak boleh bawa berlari, anda suka gunakannya semasa keluar berjalan dengan isteri/keluarga konon nak tunjuk anda ni runner lah
9) kalau anda balik kampung/bercuti/travel jauh anda akan bawa bersama kasut anda, manalah tahu sempat jogging

20130928-093846 AM.jpg
Puma Faas 350? Urrgh…

Pemakaian – outfit
10) anda sekarang jarang beli t-shirt sebab selalu dapat t-shirt running event
11) anda suka pakai tshirt running event banding t-shirt polo berkolar yg wife anda beli kecuali kalau pergi kerja (mcm saya on call masa hujung minggu)
12) dulu anda ni jenis tengok tiga jenama je… Nike, Adidas & Puma… Tapi sekarang anda tahu jenama lain macam Brooks, Salomon, NB, Asics even Hoka One One
13) anda tahu apa maksud ASICS tu

20130928-094230 AM.jpg
Taken somewhere in the web

Tempat kerja/belajar
14) anda akan sembang lancar bila bab running, tapi kalau macam saya bab exam/kerja memang hancur.
15) sanggup standby kasut dan peralatan running bila rasa balik lewat ke rumah, mana tahu sempat run…

20130928-095650 AM.jpg
SPHM’s Medals

Perangai
16) kalau kesesakan lalulintas padahal dah dekat atau pun ada sapa ntah bawak slow nak mampus (road hogging), sure akan kata, “kalau aku lari sure dah sampai/boleh potong kereta depan)
17) kalau tengok tiang atau km dari sesuatu tempat boleh tahu lari berapa lama nak sampai rumah
18) anda entah macam mana sebelum ni tak suka tengok siaran sukan marathon, dualthon atau biathlon, tetiba boleh minat…
19) anda tahu siapa itu elite runner macam mo farah, kara goucher dan jeff galloway
20) anda tahu apa maksud lactate threshold, tempo, fartlek dan LSD
21) anda tampal bib anda dekat dinding rumah anda sebagai ‘wall of fame’ tak pun anda ada clear holder file yg dalamnya ada bib nombor dan sijil penyertaan
22) sebab anda so call diet la jugak, anda makan kat luar pun dah pandai tak pesan benda berminyak melainkan carb load before race
23) anda nampak jalan raya yang tak sibuk itu seolah macam treadmill anda
24) anda jarang ke gym
25) anda suka gunakan tangga atau sikit bila tertinggal barang suka lari ke tempat itu bila di tempat kerja
26) bila lalu kat kiosk kesihatan yg ada treadmill, eliptical mcm kat Ogawa ke, Gintell ke etc, kalau diorang offer naik treadmill sure dgn pokerface kata, “saya memang running kat luar pun” (ayat kejam, hahaha)
27) bila anda dah plan baik nak jogging, tetiba hujan… Masa tu dalam hati terdetik, kalaulah dalam rumah ada treadmill…

20130928-095023 AM.jpg
Homer’s running, believe it!

Media Sosial
28) makin ramai kawan anda daripada pelbagai lapisan runner, elit dan amateur
29) anda suka komen pasal pengalaman anda run
30) anda punyai banyak apps, nike plus, endomondo, runkeeper, calculator for runner
31) anda ini bagi sesetengah kawan rasa anda ni cukup menjengkelkan asyik dok post pasal running, ye ke… Ini link
32) anda sanggup berjam2 survey pasal tips untuk run, event run yg berdekatan atau yang otai cari yg jauh jauh dan memorable, nak pergi macam mana dan nak tidur kat sana macam mana…
33) anda akan frust bila anda tengah run tetiba apps enpon jam atau tak boleh sync lepas run… Sakitnye hati!!!

20130928-095427 AM.jpg

Ada ke? Macam tak lawak je… Haha… Kalau ada tambah2 la ye… Saya pun baru lagi… Kot kot mendatang ada nak kena tambah lagi… Atau pengalaman anda?

btw ASICS berasal dari bahasa latin : anima sana in corpore sano = “a sound mind in a sound body”

Sekian

amarsa13 28/09/2013 11:15am

Pertama kali ditegur sebagai seorang runner

Bangun pagi, satgi nak gi study… Tua2 pun kena study… Nasib badan… Teringat bila mana semalam sesampainya saya dari KL ke KB, saya bergegas ke KB mall, sebab sampai dalam 8.45pm. Saja nak jalan hilangkan kebuntuan… Lagipun teringat tak dinner lagi… Teringat nak makan chiken chop hayaki… Errr tak pun burger king.. hottest deal diorang pun rm 6.30 je…

20130422-082228 AM.jpg
Sedap ooo, kalah oldtown…

Tak tukar baju hijau malakoff tu dari kuala lumpur saya terus ke KB Mall

Lepas gi beli barang2 kat watson, saya pergi kedai smartphone accessories kat tingkat aras KB Mall… Beli yoobao ext battery pack… Then saya turun gi makan kat burger king lah…

20130422-082413 AM.jpg
Mahal sikit rm125…

Saya beli set rm5.99 offer chicken grill burger… Rasa mcm dah lewat tapi saya duduk situ makan… Lagipun tak tutup lagi la…

Dalam 10min saya dok ghalit duduk kat situ tetiba seorang pekerja burger king datang kat saya dan menegur saya

Pekerja BK (harith namanya) muda rasaku mungkin dalam lingkungan 18-20tahun…kurus dan tinggi… Harap notis perbualan ni kami kecek kelate… Haha

PBK (pekerja burger king) : assalamualaikum abe

Saya : waalaikum salam… Ada apa dik? BK nak tutup dah ke?

PBK : eh dop lagi… Nak tanyo abe, baju ni malakoff tu apo dio? Bukey malakoff ni hok running event tu ko?

Saya : iyo adik… Ni hok sayo gi masuk event running kat penang mac lepas dik…

PBK : buke malakoff ni ado jugok hok yey biathlon ko?

Saya : ado, tapi hok yey tu kat KL dik… Yo ni hok lari ja…

PBK : kiro hok ni hok ye ni best ko gi… Abe ni runner ko?

Saya : best dik… Running event ni best… Cumo kito kena bayar la untuk yuran penyertaan… Saya buke runner, lari biaso2 lah…

20130422-082625 AM.jpg
Baju ni yang saya pakai yang dia maksudkan

To cut short… Kami sembang dalam 15minit pasal run… Dia kata dia pun dok run kat are rumah dia… Dia bertanya selalu ke event ni kat penang? Saya kata penang selalu jugak, tapi kat KL lagi banyak event…

Dalam masa yang singkat tu saya ceritakan pengalaman saya… Setahun saya join running ni… Dia mmg bersungguh mendengarnya (mungkin mmg dia run kat area rumah dia).

Saya tanya berapa jauh dia lari, dia kata dia pernah lari 20km… Hmmm kira ok lah adik ni… Lagi hebay dari aku… Haha…

Dia pun kata, running event kat area kelantan dan terengganu tak banyak… Saya kata nk buat macam mana adik… Yang tu kalau nak kena usaha sendiri cari kat area yang banyak running event macam kat KL dan penang…

Yang best tu selepas dia tanya saya kerja apa, dia tanya berapa umur saya… Saya kata umur saya 35 tahun? Dia terkejut… Saya tanya kenapa… Dia kata nampak muda… Dalam 25 tahun… Perghh (dalam hati kembang kempis idung aku… Haha)… Saya kata dulu saya gemuk (tak aci lah kata gemuk… Berisi) masa tu mmg nampak tua… Haha (mujur tak tunjuk gambar ic ku…)

20130422-082904 AM.jpg
Beza kan? Haha…

I do agree, kalau nak awet muda, jom cardio, jogging atau running… Hehe

Disebabkan saya sembang dengan dia… Maka saya tak sempat habiskan burger saya… Saya bungkus meal saya… Sambil mengucapkan salam dan pulang dengan tersenyum2 berseri2… Haha

Terfikir aku… Kat kelantan dan terengganu ni tempat cantik dan banyak routenya yang cantik spt area tok bali, pantai cahaya bulan, kawasan kuala terengganu… Kalaulah tempat2 ni di buat event running alangkah bestnya… Saya rasa ramai yang nak join… Saya rasa ramai orang pantai timur ni berpotensi untuk jadi runner…

20130422-083136 AM.jpg
Kawasan Tok Bali yang lawa…

Mungkin tak payah buat finisher medal pun takpelah (tapi kalau ada mmg best la… Sebab runner nak sangat medal tu)

Kalaulah saya oghe kelate, saya join politik, maka manifesto saya adalah nak memperbanyakkan acara berunsurkan kesihatan seperti senam robik dan acara running / cycling event… Dalam masa sama kita terapkan unsur keislaman… Cheeee wahhhhhh perasannnnnnnnnnn…. Haha (alah, kedah dan perlis pun kurang running event)

Masih pagi ni tersenyum2 sebab secara tak rasminya aku digelar sebagai seorang runner :p (perasannnnnnnnn)

#runningdoctor
22April2013 8.00am

Nasi Kak Wook

Kalau tanya apa makanan kat kelantan sure orang akan jawab nasi dagang, laksam, serunding dan lain lain…

Selalu kita lupa… Satu lagi makanan popular kelantan, nasi kak wook… Sapa tu kak wook? Saya pun tak tahu… Haha

Nasi ini ada ayam goreng yang dipotong kecil, dibubuh kuah kari/gulai ayam ala dalca dan sedikit sambal belacan cair…

Kenapa ia popular di area kotabharu? Sebab murah. Kebanyakan orang kelantan makan sarapannya heavy. Pagi2 dah nasi berlauk!! Saya kalau kat utara makan kuih dua tiga je… Tengah hari pun heavy juga. Jadi makanan ini murah dan mengenyangkan…

Kalau turun kota bharu cari lah nasi kak wook

20130327-100813 AM.jpg

Bye 😉

Keputusan SPM

Hari ini 21 Mac 2013. Tarikh penting bagi lepasan SPM (sijil pelajaran malaysia) untuk melihat keputusan mereka. Setiap kali atau setiap tahun keputusan SPM diwartakan, kenanganku mengimbau kembali 18tahun lepas… SPM ’95 (ambil keputusannya dalam Mac 1996).

Zaman bagi ku zaman yang best, sebab mana ada handphone pun…Zaman GQ, rambut panjang, sikat belah tepi, spek mata hitam bulat, seluar straight cut… Haha… Ok, berbalik pada ceritaku… Aku dah lupa bila aku ambil keputusan SPMku… Sama ada hari keputusan itu dihebahkan atau dua tiga hari selepas itu…

Disebabkan masa itu aku duduk di kuala lumpur, aku terpaksa menaiki bas pulang ke sekolah lama ku di Beseri Perlis MRSM Beseri

20130321-111756 AM.jpg
Mana satu saya ye? Haha
Thanks to my friend Emran Kassim for his picture in flicker. Sesudah sampainya aku di MRSM, berdebar2 keputusanku adakah elok ke tidak?

Terus ku pergi ke pejabat untuk mengambil slip keputusan, aku tak hiraukan kawan lain… Jeng 3x!!! Alhmadulillah aku dapat pangkat 1 (zaman tu main pangkat la…) semuanya ok…cuma sedih subjek bahasa malaysia ku dapat empat. Alhamdulillah keputusan yang lain seperti subjek Kimia dan Matematik aku dapat gred satu… Aggregat ku pada masa itu sebelas… ni sebab BM dapat empat lah ni…alahai…

Dua hari selepas itu aku bergegas pulang ke kuala lumpur, pulang untuk membeli borang UPU (zaman sekarang online kan?) dulu memang leceh sikit. Kami pergi ke pusat dayabumi, pejabat pos besar kuala lumpur, (area bus stand klang, ada lagi ke tempat ni…sorry buta geog KL)…

Bermulalah pula hidupku sebagai lepasan SPM….

Pada adik yang baru yang mendapat keputusan SPM dengan jayanya… Saya ucapkan tahniah… Kepada yang kurang bernasib baik…kalau ada kebolehan untuk cuba, cuba… Jangan bangga dengan keputusan elok tu lagi… Masih jauh perjalanan kita adik…

Ok lah.. mengomel pula… Study ooii… Exam bulan lima nak dekat dah ni!!!!

Salam

amarsa13