Penang Run 11 Jan 2015 3rd circiut. My 6th Half Marathon Experience

Malas betul nak update blog nih… Tapi kena jugak lah… Kalu tak berabuk la blog nih…

Sama je intro… Nak citer apa hah? Ok lah cerita pasal running event half-marathonku yang keenam kalinya. Mula malas nak join… Sebab event hari Ahad, kerja… So gagahkan diri jugak lah…

Aku terlepas 2nd circuit sebab onkol masa tu… Kalau tak boleh cukupkan kiub HM tu jadi satu kiub comel… Lepas PBIM2014 aku tak buat apa sangat… Lari macam biasa, sikit2 tak train hard… Sebab kerja onkol etc… alasan aje la mamat ni!!!

Pada bulan Disember tu aku tak run proper sangat sebab ketagih naik gerek pulak…

IMG_5596.JPG
beli la Polygon Helios C4, ehem ehem…

Minggu masa nak run ni aku tak berapa run… Konon taper lah, tapi sebab aku onkol 4x dalam minggu tu… So agak letih la… Nak run masa onkol pun tak sempat… Ada satu hari onkol tu ada empat laparotomy aku kena masuk… Tak pe, harap semua pesakit yang aku jaga aku doakan semoga cepat sembuh, aku cuma membantu sebaik mungkin, Allah jugalah maha penyembuh… Minggu tu aku onkol hari Jumaat. Sabtu pagi tu pun aku masih operate lagi…

Sabtu tengah hari aku bergegas pulang… Aku call isteri kesayangan aku ajak pi ambil bib no kat MPSP, Perda. Nasib SP ke Perda tak jauh…

IMG_5730.JPG
aku janji tak kan pakai baju running event…

Eh kenapa tak nak pakai baju running event? Alahai malas la… Semua pakai yg sama… Macam boria la pulak, lagi pun running vest. Tak suka pakai, nampak ketiak… Bukannya salah kalu kita tak pakai baju event pun… Hehe. So aku pakai baju nike running ni… Serik sebab masa PBIM pakai baju PBIM… Hodoh je rasa… Even majalah Runners World cadangkan jangan pakai baju running event. Nih artikel dia Is It OK to Wear the Official Race Shirt on Race Day?. Sebenarnya aku dah beli sebulan lepas baju nike putih tu, memang baju t-shirt bodo yang antara yh termahal aku beli selain baju jersi bola, hahaha rm75!!! Demi run nak kasi sedap aku pejam je mata… Memang kain dia ringan dan cepat sejatkan peluh…

Kali ni aku try kasut baru, iaitu kasut Brooks Pure Connect2, dan aku akan ucapkan selamat bersara buat Kasut Pure Connect aku yang pertama

IMG_5760.JPG
apa apa pun ni review daripada Running Shoes Guru

PureConnect2 masih mengekalkan kehebatan pureconnect1, cuma PC2 ada uneven shoelaces, mungkin pada Brooks itu akan buatkan kaki lagi natural…

Ingat nak pakai Brooks PureFlow2, punyalah jemur… Tapi kena hujan!! alahai…

Prerun carb aku tak makan hapa sangat, makan pasta buat sendiri aja… Pastu makan la nasi… Lemang Pak Teh lupa beli la pulak…

Cuma aku Ahad tu aku tak cuti… Aku maklumkan kat big boss aku aku akan datang kerja lambat sikit… Dan terus ke hospital alor setar (old hospital) untuk buat prosedur elektif endoskopi kat sana…

Sebab aku dah terbiasa run ni… Aku sekarang agak rileks. Siapkan segala yang ada… Bib no check, baju check, energy gel check, runner’s salt check, setokin, check, baju nak gi kerja check.

Aku bertolak dari SP ke Bandar Perda dalam 4am. Sesampainya kat sana dah penuh orang di ruang legar MPSP. Aku nak jumpa kawan baru… Dr Aktar Rahman, hantu runner, triathlon dan macam2 lagi

IMG_5736.JPG
macam jejak kasih la pulak… Hahaha

Tak ketinggalan aku jumpa runblogger terkenal Bro Aizat Yanan. Dia memang cool… Tapi sempat sembang dengan dia sekejap je… Kali pertama jumpa Bro Aizat ni masa kat Jerai Climbathon 2013

IMG_5738.JPG
selpiaq sedaih… Sampai julin mata aku… Hahaha

Pada 530am kami dilepaskan!!!

Dah lama aku tak pasang lagu kat iphone5saku masa run jadi aku pun pasang la… Mana tahu bakar semangat…

IMG_5784.PNG Do or Die – My favourite Running Song

Permulaan aku agak baik… Aku cuma kekalkan pace aku dalam 6m30s-6m45s/km dalam larian ni… Alhamdulillah running route yang agak flat. Tiada inclination secara mendadak.

Aku bawa 5 energy gel (dua non caffienated dan 3caffienated). Aim aku slurp setiap ~4km dan runner salt dalam bila dapat air kat water station.

Tetiba azan berkumandang pada ~6:15am. Mula la tertanya bila nak solat subuh nih… Jangan buat2 nak subuh gajah. Aku aim pada km ke-10 aku nak solat. Sesampainya aku kat sebuah surau kat kawasan Kubang Semang, aku terus wudhu dan agak lawak sebab masa ni ahli jemaah dah habis solat dan tengah wirid, kan aku pakai running thigh. Aku bertanya, pakcik, ada kain pelikat tak… Depa mac acuh tak acuh je dan layan wirid… Mungkin macam dalam pendekar bujang lapok kot… cobaannnnnnnnn

IMG_5785.JPG
cobaannnnnnn

Aku pun cepat ke area solat wanita capai kain telekung dan pakai mcam kain pelikat untuk solat… Nasib tak pakai telekung!!!! Hahaha…

Lepas solat, aku capai kasut dan terus sambung lari. Yang Dr Aktar punya pengalaman lagi la… Dia kata dia pergi satu masjid/surau tanya subuh dah masuk ke, pakcik kat surau tu lari… Mungkin takut tu Zombie kot… Hahahaha

Aku sambung run… Keep my speed at relaxed pace… Reminds myself “you can do this run amin!!”

IMG_5786.JPG
lovely view…

Rasa pace dah agak lemau… Aku try buat ala2 negative split pace… Tapi ada la sikit berhasil… Masa dekat 2km notice lagi aku tengok jam aku… Aiseh apasal jam aku dah 20km? Aku pun run… La, sampai 21.1km, rupanya ada 1km lagi… Ingat nak jalan je… Tak boleh… Aku kena run sampai habis!! Aku pun try bukak langkah laju2 sikit masa run tu…

Akhirnya aku sampai…

IMG_5746-0.JPG geget medal sket!!!

Ni yang aku dapat dalam my garmin fenix

IMG_5759.JPG
cadence boleh improve lagi, heart rate maintain tak lajak sangat

IMG_5772.JPG
consistent pace

Official result? Yeay!! Dapat e-cert… Alhamdulillah walaupun solat tapi pace tak lari dalam 6m51s/km

IMG_5776.PNG abang angkat baru aku tu laju seminit dari aku… Jaki tul la… Hahaha

Lepas run… Aku terus balik… Mandi kat R&R Gurun. Breakfast kat Hospital Alor Setar, pastu buat scope sambil tunggu boss datang…

IMG_5748.JPG
bihun sup dagin yang sedap!!!

Alhamdulillah tak sangka aku beat my own PB (kalau timing tu aku stop solat la)

IMG_5744.PNG semakin menampakkn hasil, alhamdulillah… InsyaAllah 6m15s/km untuk Half Marathon

So, verdict… The best run so far… Alhamdulillah!!

Ok lah, jom titon, esok ada klinik plak… zzzzzzzzzzz

aftermath

Keesokan paginya DOMS (delayed onset muslce soreness) melanda… Jalan pun kengkang… Hahaha

keep running and keep helping and treating the others

13/01/2015
22/03/1436
1:30am

#runningsurgeon

2 thoughts on “Penang Run 11 Jan 2015 3rd circiut. My 6th Half Marathon Experience

  1. good job! i’m browsing tru the net sbb nak carik blog about 1st HM ni. Will do mine on October InSyaAllah. Tah tua2 baru nak try ha…. never too late kan!!?

Leave a comment