Cerita Biasa Seorang Doktor Bedah 1

(Asal ni aku taip dan post dalam facebook…)

Aku tak pandai tulis cerita kisahku sebagai doktor bedah. Mungkin aku tak pandai cerita pasal menda ni sebab mungkin term dia mungkin agak janggal diceritakan buat kengkawan bukan non medic. Cerita aku mungkin terlalu simple, tak bombastik macam kes kawan2 kena mass disaster ataupun cerita pasal kat klinik. Sebenarnya banyak… Tapi aku ni mungkin tak pandai garapkan buat bagi nampak sedap…
Ada, mungkin tak best sangat kot nak cerita. Semasa tahun pertama aku di HSB sebagai master student dalam 2009, pada suatu hari aku ditugaskan 1st surgical MO oncall. 1st call pada zaman itu kami cover kes rujukan kecemasan dan wad acute surgical. Pada ketika itu saya menerima kes rujukan di redzone kes kemalangan seorang budak muda lingkungan 20an yang mengalami pendarahan dalam paru2(hemothorax) akibat patah tulang rusuk. Selalunya kalau MO kecemasan sibuk saya tak de masalah melakukan prosedur ‘chest tube’ insertion, sebab kadang kalau sempat boleh saya ajarkan pada doktor pelatih. 
Setelah selesai prosedur, alhamdulillah pesakt tersebut stabil dan nafasnya beransur normal dan tak tercungap2. Saya pun memanggil waris(ibu) pesakit dan memberitahu akan apa prosedur yg yelah saya lakukan dan apa rancangan kami ketika pesakit berada dalam wad. Kelihatan ibu pesakit nampak mcm tengok aku macam ada serba tak kena aja… Kenapa pulak nih? Biarlah perasaan je kot. 
Aku pun duduk di meja kaunter redzone untuk menulis apa yang telah berlaku dan prosedur apa yang telah dijalankan. Tiba tiba ibu pesakit datang ke meja tersebut dan bertanya, “ni Dr Amin ka?” Owh aku pakai nametag, sabit pun dia tau nama aku tapi awat pulak? “Ya, kenapa makcik?” Dia bertanya lagi, “doktor dulu dari Kangaq kan?” Ahhhhh sudah sapalah pulak stalk aku sampai sini nih, bisik hati… Aku pun menjawab, “ye, tapi kenapa ye makcik?” Setelah itu dia pun senyum lebar dan berkata, “doktorlah yang rawat si adik dia masa kat Kangaq dulu, si adik dia masuk ICU, bubuh tiub kat dua dua kiri kanan rusuk, pastu doktor buat tiub kat leher dia (tracheostomy) kat dia. Lama dia duduk icu dengan wad tingkat 2 sampai dia balik la”
Aku membalas, “ye ke? Mana dia?” Ibu pesakit tu kata, “ada!!! Tunggu kat luaq sana tuh, sat saya panggil dia…” Lalu adik lelaki pesakit yang merupakan bekas pesakit aku pun masuk dan ibu pesakit menceritakan kat si adik tu dan dia pun terkejut dia berjumpa aku bersalam dan mencium tangan aku tanda terima kasih… Aku tanya si adik, “mana parut tiub peparu?” Dia selak sikit baju dia dan tunjukkan parut tersebut. Ya, kesemua parut sudah sembuh, alhamdulillah…
Terdetik aku pun bertanya pada ibu pesakit, “awatnya yang abang accident kat sini pulak?” Ibunya menjawab, “dia kerja kat aloq staq doktor…” Lalu aku pun berseloroh, “uishhh adik saya rawat, ni abang pun sera ikut saya kerja mai sini nak saya jaga jugak ka?” Ibu dan adik pesakit ketawa sejenak… Setelah itu saya memohon untuk ke wad sebab ada hal perlu diselesaikan… Alhamdulillah, pada hari keempat pesakit dibenarkan keluar setelah peparunya kembang seperti sediakala… 
Saya berjalan ke wad 3c sambil tersenyum dalam 2am setelah selesai kes tersebut, sesungguhnya Allah maha kaya dan maha pengatur dan merancang segalanya. Walaupun dah enam tahun berlalu, cerita ini kekal segar diingatanku. Sekian karangan bukan UPSR buat kengkawan… #ceritabiasa #ceritadoktor

InsyaAllah sambil cerita running aku aku selitkan kisah pengalaman kerja aku… Biasa je… Tadak bombastik pun…

Dah tiga tahun rupanya aku run

Dalam awal minggu pertama bulan April, genaplah tiga tahun aku dok gila lari. Alhamdulillah buat 6HM, 1FM dan 1 duathlon. Pace pun dah makin cantik sikit. Cuma perut je gendut balik sebab tak jaga makan… Haha


Cuma kawan dok tanya, bila pulak nak try swimming? Persoalan yang baguih… Cuma masih tadak masa proper… InsyaAllah cuba. Mmg menarik… 


Alhamdulillah dalam perjalanan tiga tahun dulu ada orang ketawakan usaha aku sekarang ada yang ikut dan follow usaha aku untuk hidup sihat. Ada yg siap telefon tanya kasut apa nak beli untuk run… Ada yang tanya macam mana nak start diet… Ada yang tanya macam mana nak lari… Ada yang tanya macam mana nak prep nutrition masa lari. Walaupun aku doktor tapi bukannya aku serba tahu pasai nih… Tau sikit2 tu boleh la nak tunjuk… 

   So far until April 2015

Sebagai ‘role model’ kepada pesakit aku tak nak bila aku bagi nasihat kat pesakit amal gaya hidup sihat pesakit dalam hati kata,”eleh, cakap tak serupa bikin doktor nih… Dia pun gemuk jugak…” 

   Pakai kasut asics hyperspeed6 la pulak… Kaki dah kuruih ala Mo Farah, haha


Aku dah lah strong family history, pastu check risk kat  Qrisk.org aku pun dalam 4.5%. Jadi kena amal gaya hidup sihat. Nyawa adalah amanah tak terhingga nilanya…

Ok lah… Kali ni mmg short sket aku melalak dalam nih. Thanks to my wife and family for full support of this…

Penang Duathlon 2015 my first cycling adventure

Lama dah tak update blog nih. Lepas event Penang Duathlon memang tak sempat nak update. Padahal selalunya saya sempat postkan pengalaman event, tapi kali ni dengan on call dan kena cover LIMA 2015, itu sebab post nih jadi keciciran. 

Lepas Penang Run 2015, memang tak buat apa. Cuma run aje. Pastu try kayuh gerek… Ada la saya buat 40-60km solo ride. Dengan nak biasakan diri pakai cleat, ada pernah jatuh masa stop, hahaha lawak campur sakit pun ada… Macam nangka busuk bila jatuh!!!

  Masih slow ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Mileage pun tak banyak masa tu. Sebenarnya ramai yang ajak saya masuk Penang Duathlon 2015 nih, tapi saya ter’miss’ register.  Jadi saya pun tak berapa kisah sangatlah nak join… Siap depa email kata mintak maaf sbb registration closed. 

Pastu kawan saya offer (sebenarnya senior saya masa kat Ireland) abam Dr Arman Aziz offer, pasai dia rebah naik gerek (bahasa mudah jatuh naik basikal la…) sampai patah tangan dan masa tu beliau telah menjalani pembedahan untuk kepatahan tu dan dalam proses rehab. Mula tu malas la… Tetiba kawan offer, eh hang guna la beskal aku… Beskal apa? Bianchi Infinito aku… I mean… Whatttttttttt? Bianchi infinito? Biar betik? Mahal gerek tu!!! Dia kata pakai la, nanti dia datang bawak. Aisehhh malu la kita… Gerek murahan aje… Tangkap nangis karang… Hahaha… 

Event

Event depa buat kat Empangan Teluk Bahang pada pagi 15 Mac 2015 bersamaan hari Ahad. Memang kawasan Bukit, beralun. Hilly mountain. Sekarang masalah aku, sapa nak cover aku masa cuti nih. Big boss pergi Coloproctology Conference, tinggal sorang je la kawan aku cover ward. As usual aku arrange orang untuk cover, dapat la aku masuk event nih. Bukannya selalu aku mintak cover… 

Mana nak lepak? Hmm good question, si triathlete wanabe Dr Aktar book Hard Rock Hotel, again aku pun whatttt? Tak pernah lepak situ siut… Aku rakyat marhaen aje… Dia sewa dua bilik, so bila wife family Arman, Aktar and Azam boleh lepak lagi satu bilik… Arman disebabkan datang awal dia bagi Bianchi Infinito masa datang rumah aktar bagi aku setup gerek tu… 

Owh, did I mention? Friday 13th of March was my birthday. Untuk omputeh sure takut la… Besday Friday 13th plak tu… Hahaha… So… I did my birthday run… So happy for it… 

  Trail Run during my birthday. 

 

 Yummehhh

So, saya dapat Bianchi tu Jumaat malam Sabtu. So tak sempat nak setup apa

 

 Menangis la Polygon C4 aku… Hehehe

Sabtu mujur ada kenduri adik kepada sahabat wife aku. So carbload la jawabnya, hahaha 

  

Disebabkan aku pun rush sebab nak amik bib no si Arman tu aku terpaksa keluat dari rumah dapam pukul 330pm, nak elak sesak kat Penang. Aku tak bawak family sebab esok sekolah… 

Aku bertolak petang amik bib. Jumpa Aktar. Pastu ada pre-event dinner aka carbload… Kami pun apa lagi melantak la… Sempat jumpa Anas masa tu…

  Budak 5H memang giler sket… Hahaha

Pastu makan aku ronda sat bandar Penang, pastu head up to Hard Rock Hotel… Apa? HRH?

Sampai kami duduk dlm bilik lepak jantan. Bawak gerek masuk dalam. Setup apa lebih kurang

 

 Bersepah!!

Tidoq kaih… Esok nak run and ride. Aku biasalah insomnia, tak leh titon awai… Hahaha

Esok pagi kami bertolak pagi dalam 530am. Mangkit awai tau…

 

 Solat itu tiang agama

Kami berhenti solat subuh kat Masjid Teluk Bahang. Lepas tu pergi kat empangan. 

  Lautan Gerek

Warmup tak habih habih… Sampai kat situ 645am. Event start dalam 8am… Sebab nak serentak dengan acara triathlon. 

 

  Ready

Yesss, kami start!!! Aku pun lari la… 1st stint run aku bermula dengan baik pace maintain dalam 6m45s/km. ni issues on that

Pastu naik gerek… Aku mula ok, aku capai hydrapak aku (dalam tu ada 1.5L air aku campur dengan hammer heed). Kayuh la area jalan teluk bahang. Bahaya jugak, naik curam incline dia sakit jugak… Masa kat mana tangkap cramp la pulak… Picit sket kaki then leh sambung… Aku ni gayat sket masa turun. Ye la aku pernah jatuh moto sampai patah pergelangan tangan. Pastu seminggu sebelum tu aku operate pesakit accident pecah limpa, buat splenectomy

Aku tak reti embed youtube ni punya video emergency splenectomy. Respek surgeon nih

Aku naik bike dalam 2jam ~ 20kmh aje mmg berhati-hati sebab ni my 1st event aku…

Sampai 2nd transition dah panas utari… Kok… Aku panas sangat aku nasib teringat aku bawak topi koboi. Panaih lit lit dah. Aku apa lagi, pakai topi koboi la run… Haha. Ramai tangkap gambor aku… Kekeke

 

 Amacam encem tak?

Masa ni aku dah hit the wall dah 10km yang lemawwww. Last 4km aku jalan aje… Nak run cramp kaki… Siut la… 

At last sampai jugak…

  Overall Event. Memang ke laut la…

Duathlon via My Garmin

Event? Letih pun dapat, medal dan small hankies…

 

 I’m a Duathlon Finisher

  

Antara imej yang di capture oleh paparazzi… Hehehe

Lepas event balik bilik… Terus berendam kat kolam, then terlelap kejap… Pastu dalam 4pm aku balik… 

Balik pun jadi cerita lawak… Aku ‘terambil’ bike Arman bawak balik. Mungkin otak low oksigen tak tinggal kat dalam bilik hotel. Kedua si Aktar la kata yang si Arman tak guna lagi bike ni sebab tangan dia yang patah tu… Siut la… Hahaha

Apa pun ni kenangan pertama aku… So more to come from my gerek polygon zuhud aku tu… Hahaha

Isnin aku kerja. Kengkawan heran awat tak amik cuti? Aku kata aku ok je datang kerja. Selasa? Off to Langkawi, kena cover Lima2015 pulak… 

 

 Masa al-Fursan buat air show

Ok lah… Lega dapat buat blog nih… Dah bertangguh…

Nanti cerita lain… 

Salam… 

Ni buat kengkawan team sembang deraih (TSD) Aktar, Azam, Arman, Kadiaq & aku Amin

#runningsurgeon

25 April 2015

BTW : goodluck to my junior friends for thier upcoming final master in surgery…

 

Penang Run 11 Jan 2015 3rd circiut. My 6th Half Marathon Experience

Malas betul nak update blog nih… Tapi kena jugak lah… Kalu tak berabuk la blog nih…

Sama je intro… Nak citer apa hah? Ok lah cerita pasal running event half-marathonku yang keenam kalinya. Mula malas nak join… Sebab event hari Ahad, kerja… So gagahkan diri jugak lah…

Aku terlepas 2nd circuit sebab onkol masa tu… Kalau tak boleh cukupkan kiub HM tu jadi satu kiub comel… Lepas PBIM2014 aku tak buat apa sangat… Lari macam biasa, sikit2 tak train hard… Sebab kerja onkol etc… alasan aje la mamat ni!!!

Pada bulan Disember tu aku tak run proper sangat sebab ketagih naik gerek pulak…

IMG_5596.JPG
beli la Polygon Helios C4, ehem ehem…

Minggu masa nak run ni aku tak berapa run… Konon taper lah, tapi sebab aku onkol 4x dalam minggu tu… So agak letih la… Nak run masa onkol pun tak sempat… Ada satu hari onkol tu ada empat laparotomy aku kena masuk… Tak pe, harap semua pesakit yang aku jaga aku doakan semoga cepat sembuh, aku cuma membantu sebaik mungkin, Allah jugalah maha penyembuh… Minggu tu aku onkol hari Jumaat. Sabtu pagi tu pun aku masih operate lagi…

Sabtu tengah hari aku bergegas pulang… Aku call isteri kesayangan aku ajak pi ambil bib no kat MPSP, Perda. Nasib SP ke Perda tak jauh…

IMG_5730.JPG
aku janji tak kan pakai baju running event…

Eh kenapa tak nak pakai baju running event? Alahai malas la… Semua pakai yg sama… Macam boria la pulak, lagi pun running vest. Tak suka pakai, nampak ketiak… Bukannya salah kalu kita tak pakai baju event pun… Hehe. So aku pakai baju nike running ni… Serik sebab masa PBIM pakai baju PBIM… Hodoh je rasa… Even majalah Runners World cadangkan jangan pakai baju running event. Nih artikel dia Is It OK to Wear the Official Race Shirt on Race Day?. Sebenarnya aku dah beli sebulan lepas baju nike putih tu, memang baju t-shirt bodo yang antara yh termahal aku beli selain baju jersi bola, hahaha rm75!!! Demi run nak kasi sedap aku pejam je mata… Memang kain dia ringan dan cepat sejatkan peluh…

Kali ni aku try kasut baru, iaitu kasut Brooks Pure Connect2, dan aku akan ucapkan selamat bersara buat Kasut Pure Connect aku yang pertama

IMG_5760.JPG
apa apa pun ni review daripada Running Shoes Guru

PureConnect2 masih mengekalkan kehebatan pureconnect1, cuma PC2 ada uneven shoelaces, mungkin pada Brooks itu akan buatkan kaki lagi natural…

Ingat nak pakai Brooks PureFlow2, punyalah jemur… Tapi kena hujan!! alahai…

Prerun carb aku tak makan hapa sangat, makan pasta buat sendiri aja… Pastu makan la nasi… Lemang Pak Teh lupa beli la pulak…

Cuma aku Ahad tu aku tak cuti… Aku maklumkan kat big boss aku aku akan datang kerja lambat sikit… Dan terus ke hospital alor setar (old hospital) untuk buat prosedur elektif endoskopi kat sana…

Sebab aku dah terbiasa run ni… Aku sekarang agak rileks. Siapkan segala yang ada… Bib no check, baju check, energy gel check, runner’s salt check, setokin, check, baju nak gi kerja check.

Aku bertolak dari SP ke Bandar Perda dalam 4am. Sesampainya kat sana dah penuh orang di ruang legar MPSP. Aku nak jumpa kawan baru… Dr Aktar Rahman, hantu runner, triathlon dan macam2 lagi

IMG_5736.JPG
macam jejak kasih la pulak… Hahaha

Tak ketinggalan aku jumpa runblogger terkenal Bro Aizat Yanan. Dia memang cool… Tapi sempat sembang dengan dia sekejap je… Kali pertama jumpa Bro Aizat ni masa kat Jerai Climbathon 2013

IMG_5738.JPG
selpiaq sedaih… Sampai julin mata aku… Hahaha

Pada 530am kami dilepaskan!!!

Dah lama aku tak pasang lagu kat iphone5saku masa run jadi aku pun pasang la… Mana tahu bakar semangat…

IMG_5784.PNG Do or Die – My favourite Running Song

Permulaan aku agak baik… Aku cuma kekalkan pace aku dalam 6m30s-6m45s/km dalam larian ni… Alhamdulillah running route yang agak flat. Tiada inclination secara mendadak.

Aku bawa 5 energy gel (dua non caffienated dan 3caffienated). Aim aku slurp setiap ~4km dan runner salt dalam bila dapat air kat water station.

Tetiba azan berkumandang pada ~6:15am. Mula la tertanya bila nak solat subuh nih… Jangan buat2 nak subuh gajah. Aku aim pada km ke-10 aku nak solat. Sesampainya aku kat sebuah surau kat kawasan Kubang Semang, aku terus wudhu dan agak lawak sebab masa ni ahli jemaah dah habis solat dan tengah wirid, kan aku pakai running thigh. Aku bertanya, pakcik, ada kain pelikat tak… Depa mac acuh tak acuh je dan layan wirid… Mungkin macam dalam pendekar bujang lapok kot… cobaannnnnnnnn

IMG_5785.JPG
cobaannnnnnn

Aku pun cepat ke area solat wanita capai kain telekung dan pakai mcam kain pelikat untuk solat… Nasib tak pakai telekung!!!! Hahaha…

Lepas solat, aku capai kasut dan terus sambung lari. Yang Dr Aktar punya pengalaman lagi la… Dia kata dia pergi satu masjid/surau tanya subuh dah masuk ke, pakcik kat surau tu lari… Mungkin takut tu Zombie kot… Hahahaha

Aku sambung run… Keep my speed at relaxed pace… Reminds myself “you can do this run amin!!”

IMG_5786.JPG
lovely view…

Rasa pace dah agak lemau… Aku try buat ala2 negative split pace… Tapi ada la sikit berhasil… Masa dekat 2km notice lagi aku tengok jam aku… Aiseh apasal jam aku dah 20km? Aku pun run… La, sampai 21.1km, rupanya ada 1km lagi… Ingat nak jalan je… Tak boleh… Aku kena run sampai habis!! Aku pun try bukak langkah laju2 sikit masa run tu…

Akhirnya aku sampai…

IMG_5746-0.JPG geget medal sket!!!

Ni yang aku dapat dalam my garmin fenix

IMG_5759.JPG
cadence boleh improve lagi, heart rate maintain tak lajak sangat

IMG_5772.JPG
consistent pace

Official result? Yeay!! Dapat e-cert… Alhamdulillah walaupun solat tapi pace tak lari dalam 6m51s/km

IMG_5776.PNG abang angkat baru aku tu laju seminit dari aku… Jaki tul la… Hahaha

Lepas run… Aku terus balik… Mandi kat R&R Gurun. Breakfast kat Hospital Alor Setar, pastu buat scope sambil tunggu boss datang…

IMG_5748.JPG
bihun sup dagin yang sedap!!!

Alhamdulillah tak sangka aku beat my own PB (kalau timing tu aku stop solat la)

IMG_5744.PNG semakin menampakkn hasil, alhamdulillah… InsyaAllah 6m15s/km untuk Half Marathon

So, verdict… The best run so far… Alhamdulillah!!

Ok lah, jom titon, esok ada klinik plak… zzzzzzzzzzz

aftermath

Keesokan paginya DOMS (delayed onset muslce soreness) melanda… Jalan pun kengkang… Hahaha

keep running and keep helping and treating the others

13/01/2015
22/03/1436
1:30am

#runningsurgeon

Gagal Untuk Menempuh Kejayaan

alhamdulillah setelah sekian lama nak update post ni… Maka hari ini selesai juga…

Khamis lepas (27 februari 2014) selepas larian pagi (aku cuti seminggu jaga anak) aku melepasi 2000km jarak larian. Phew, alhamdulillah… Jarak yang agak lambat dan slow banding dengan setengah orang lain… Tahun lepas aku ceritakan pengalamanku genam setahun berlari. Tiada apa yang nak dibanggakan. Bukannya atlet negara pun cuma kepuasan diri.

20140301-050503 pm.jpg

Namun disebalik 2000km mileage ini tersimpan suatu kegagalan yang aku pernah hadapi. Sebenarnya aku ini selalu gagal… Memang failure… Final undergrad medic pun fail, ujian kereta jpj pun ulang dua kali. Cuma akad nikah je tak… Hehe. Pada awalnya aku pada November 2011 aku tidak dibenarkan untuk mengambil perperiksaan final year master in surgery 2012. Bukan sebab aku malas (eleh, malas lah jugak…) tapi kerana berulang menjaga ibuku dikampung…

IMG_5779.JPG
nak buek camno…

Selepas itu aku rasa hampa, pada ketika itu aku memang dalam tahap overweight. Berat badanku 85kg. Aku selalu dapat migraine, aku cepat mengah, cepat letih dan trademark paling ohsem masa tu, balik kerja terus tidoq sampai maghrib…

20140301-052018 pm.jpg

Aku lupa titik tolak aku mula lari… Tapi serasa aku sebab aku guna apps vioden pedometer. Aku balik rumah sewa jalan kaki saja dari HUSM yang jaraknya 6.5km ke Bandar Pasir Tumboh. Masa tu kira habis jauh la aku jalan… (Maaf takde gambar ni tapi rasa ini titik tolakku) salah satu sebab kereta kena repair… So jalan ajelah…

Bermula dari itu aku mula membiasakan diri untuk berjalan selama sejam untuk berjalan atau pun runwalk, takpun malam aku ke gym bersama Shuk… Aku memang aim untuk kurangkan berat badan aku untuk sihat. Lagi satu aku cuak la si kawan aku se housemate dengan aku dapat ambil periksa, yang aku masih dok settle pasal dissertasi. Jadi aku sibukkan diri dengan urusan aku… ada jugak la aku join geng2 bak ambil exam masa tu, tapi rasa macam menggangu tumpuan mereka pulak… Jadi aku let it go…

20140301-052036 pm.jpg

Aku pun mula cuba bangkit dari kenormalan diri aku.
Alhamdulillah aku berjaya jugak merasa berlari (walaupun banyak jalan) 5km dan 10km.

20140301-052211 pm.jpg

Selama 2000km inilah aku ditampari dengan kegagalan lagi. Aku gagal dalam final year exam yang berlangsung di PPUM (pusat perubatan universiti malaya) pada penghujung oktober 2012. Untuk menghilangkan sedih kegagalan ini aku berlari hampir selang sehari 10km

20140301-052652 pm.jpg

Masa fail final exam tu aku kena balik hospital lama, risau lah jugak sebab sana sibuk, tak leh cope dengan study… Tapi alhamdulillah dengan kesibukan dapat meluangkan masa untuk study dan jogging, pada tahun 2013 banyak juga aktiviti larian yang aku join…

Pada pertengahan march 2013 aku pulang seketika ke HUSM untuk study leave, aku gigihkan usaha untuk study… Study jangan tak study… Ni last time aku ambil di bawah tanggungan Hadiah Latihan Persekutuan, kalau tak kena bayaq la lepas ni… Exam kali ni di HUKM pula…

Namun… Nasib tak menyebelahi aku… Aku fail lagi dalam kertas teori ku… Padahal aku dah beri 110% usaha masa tu… Timing semua top, lecturer pun heran, cuma konklusinya isi kurang masa esei tu…

IMG_5778.JPG
mana2 aku bawak kasut…

Trial kali ketiga, aku nekad. Aku cuba buat yang terbaik… Dalam masa sama aku pun join Larian Kelantan 2013 dan jugak SP Half Marathon. Kali ini di HUSM. Keriasauan melanda… Adakah aku boleh cope dengan pressure yang melanda. Dah lah gagal kertas teori 2x, nanti adakah boss nak bagi lagi study leave kalau aku gagal lagi. Teman aku masa itu hanyalah doa ibu, isteri dan kenangan muka jernih anak2 ku… Doa dan munajat ku pohon…

Tidak ku lupa aku akan turun petang untuk run kalau sempat atau tidak letih… Kadang aku rasa ianya hilangkan gementar ku… Even 3hari sebelum exam aku masih run lagi…

Masa tu Allah saja tahu kekusutan hati masa exam aku tabahkan diri…

IMG_5777.JPG
my self-mantra

IMG_5780.JPG
kasut ni lah menemani aku masa exam, beli masa exam kat PPUM tapi sebabkan fail, aku janji takkan pakai selagi tak lulus kertas teori…

Akhirnya… Aku lulus exam!!! Hepi? Toksah cerita la… Aku tak tahu apa nak cakap masa tu…

IMG_5782.JPG
new surgeon, tiada dalam gambar Dr Sarfaraz dan Dr Ul-Hassan

IMG_5781.JPG
Bersama dengan HOD Surgical Department HUSM

Bermulalah satu perjalanan hidup baru aku… Daripada #runningdoctor kepada runningsurgeon

Semoga Allah merahmati hidupku ini…

keep running and treating…

punyalah seksa aku nak tulis entri ni sampai habis… Sbb setiap kali aku tulis aku macam jadi tenggelam punca… Tiada apa yang nak dibanggakan atas usaha ini… Life goes on…

My first full marathon and PBIM experience

Tak tau nak tulis ni mcm mana… Owh kali ni, event yang ke-13 aku sertai… Ait, macam rancang la pulak, dah lah saya suka no. 13. Rasa malas nak tulis la pulak, sebab event yang rasa tak berapa menarik…

Ok lah, ianya event pertama saya menyertai full marathon. Tapi saya jarang untuk berlatih menghala kepada full marathon. Kesibukan kerja, masa untuk bersama keluarga saya utamakan dahulu.

IMG_4666.JPG nasib depa post racekit, nak ambil dengan tol lagi, minyak lagi

Training tak berapa sangat selepas SPHM2014 sebab kerja dan on call. Nak training run waktu malam pun saya nak spend quality time dengan family. Nanti rugi… Siyes… Muda2 tak pelah…

IMG_5159.PNG mileage tak bagus sangat, janji run tetiap minggu

November pun tak berapa sangat run… Maximum mileage pun dalam 12km je.

So rakan2 saya sekolah menengah set nak jumpa kat sana, even my hepatobilliary surgeon dan my MO pun bak join… So jumpa kat sana lah ye…

IMG_5129.JPG selingan; i love playing video games, hahaha

Biasalah saya 1-2hari sebelum pi shopping energy gel, terjumpa protien bar beli satu percuma satu. My concern takut overshoot caffiene je. So saya plan sedut yg noncaffienated then yang caffienated

IMG_5137-0.JPG try GU plak, powerbar dan horleys dah pernah cuba

IMG_5136.JPG carb load la macam biasa

Saya nak pakai baju pagoda mcm SPHM2014 yang lepas tapi wife tak bagi, sebab nampak obsolete sangat… Haha

Dah tahu PBIM2014 ni cukup sesak dengan runners, jadi kami ambil keputusan dengan kawan saya si Sabri car-pool ke sana.

Owh ya, macam biasa saya carbload, kali ni buat homemade spaghetti. Kuah dia pun saya buat sendiri. Guna tomato 10biji mesin n tomato puree. Campur herbs dan daging ayam cincang…

mesti sedap

Lepas tu as usual saya beli lemang

Memang tak expect apa pun… Janji lari… Harap habiskan dalam 5j30min je…

Saya bawak iphone4. Semua gambar prerun semua habis tak boleh post, sbb enpon saya masuk DFU mode. Paling busuk kena buat, kena install balik n upgrade 7.11 la… Alahai, dahlah enpon tu saya jailbreak kawkaw. Memang tak de gambar pun harap belas ikhsan kengkawan n fb page dia.

Dah minum ayaq banyak mmg nak meghuah kencing la… Mujur ada tandas bergerak… Ramai tul yg beratoq nak membuang… Haha…

1:20am
Kami pun bergerak perlahan ke garisan permulaan. Dengar kata seramai 65,000 peserta. FM sahaja dalam 8000 lebih. Lagu penang dimainkan. Bunga api dinyalakan

bagi aku kalau upacara antarabangsa ni patut nyanyikanlah lagu negaraku, kalau kat US boleh nyanyi lagu star spangled banner, kenapa kita tak leh?

Tetiba….

IMG_5156.JPG apa kesnya lori ayaq hon hon ganggu masa nak mula FM? Nak lari sama kot? Hahaha

Kami dilepaskan… Memang berpeluh kasap… Penuh… Ramai tul…

Saya pun cuba run walk 2min run 1min walk… Just nak relax… Bawak sampai 8 energy gel… 8 hydration pill… Giler tul…

Memang si Sab kata walaupun malam, tapi bahang jalan tar jambatan buat rasa berkuap panas… Pastu takde scene langsung, cuma laut je…
Checkpoin banyak water station dan tandas bergerak…

1st stint, alhamdulillah saya sampai ke tol casa tu dalam 2h30+ ada hentian tepi tol saya berhenti untuk buang air kecil dan basahkan badan. Energy gel plan nak amik setiap 5km… (Konon)

ada yang tak senonoh pakat pancut kencing tepi jalan, macam la takde jamban disediakan

Sampai ke km yang ke-30… Saya dah mula rasa kaki cramp, terutamanya pada pergelangan kaki. Mula rasa lemau. Alamak, dah hit the wall!!! . Otak dah demotivate jangan lari dah.. Adoyaiii… Saya cuba lari 1m30s pastu walk 1min pun tak berjaya… Last last 1min lari 5min walk… Hahaha

6:00am
Tengok jam, eh dah masuk waktu subuh… Camne eh nak solat…? Lari bermalasan, jumpa dua muslimin ni tengah solat subuh berjemaah dekat dengan emergency lane. Nak join masbuq tapi tak sempat. Ambil wudhu guna air mineral, dan solat. Kain sajadah? Biarlah jalan tar itu menjadi sajadahku…

Memang lemau… Cramp memang tak boleh blah… Makan pisang pun tak jalan… Sekarang aim kena habiskan… Just jalan… Jalan… Jalan… Jalan…. Jalan… Setiap 10min saya rest sekejap bagi hilangkan cramp…

8:00am

Dah nak nampak finishing line… Cuba run tapi memang lemau dah… Jalan je… Cuma last je lari sikit, mana tau cameraman amik gambaq… Haha

IMG_5172.PNG huduh tak?

Sampai, dah dalam 6h22min. Alhamdulillah tersenyum rasa bangga, saya dah jadi full marathoner!!!

Masa untuk beratur ambil finisher medal… Tu diaaaaa. Punya panjang orang beratur… Saya pun pergi kat tempat kami janji nak jumpa kat starting lineup. Sebab si Anas kumpulkan barang kami dan simpak kat locker room.

Kami pun tak tunggu dah… Si Fadhli datang ambil kami dan ajak makan kat Taman Tun Sardon. Dengaq kata tempat best kalau nak sarap. Ajak Syadat sekali.

IMG_5144.JPG muka poyo lepas run, hahaha

Kami pun pi makan… Biasalah run jejauh bukannya lalu nak makan. Sembang ja lebih dengan kawan lama. Especially Anas si classmate aku… Si Fadhli, Syadat dan Anas memang aku tak pernah jumpa selepas SPM… Ni jang kira jejak kasih ni… Sob sob sob…

Si Sab dan Amet agak selalu jumpa…

IMG_5142.JPG tiada dalam gambaq; si Amet

Lepaih makan, si Fadli ajak mandi kat umah mak dia, kasi segaq sikit… Orang berjaga malam pasai qiyamullail… Aku berjaga sebab nak run… Adoiii

Eh, mana finisher medal & shirt? Jap jap…

IMG_5141.JPG nin dia… Haha

sampai kat rumah si sab bawak pulang dalam 1pm… Balik terbungkang tidoq… Termimpi pasai run… Rasa tobat lahum tak nak join dah FM (tipu je ni…)

at last, i’m a full marathoner, alhamdulillah

aftermath of PBIM2014

Ramai yang memberikan reply dan komen yang negatif akan cara penganjuran PBIM2014. Terutamanya pada acara 10km funrun. Mau taknya ramai giler, pastu lari kat jambatan. Mujur tadak orang mati terpijak ka…

IMG_5154.JPG

IMG_5155.JPG macam sardin je

Pastu, tapak penganjuran agak becak, sepatutnya pihak penganjur sah turap kawasan. Ni macam pesta woodstock pulak…

Ada kata sukarelawan cuma dapat roti oat 70sen je… Alahai… Kesian tul…

Saya harap tahun depan ianya dapat diperbaiki… ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ok lah… Lega jugak dapat post ni… Lama tertunggu…

InshaAllah more to come…

Next run?

Penang Run HM2014

#runningsurgeon
6 Dec 2014

Perasan trail runnerlah pulok…

Tak de apa sangat nak citer, lagi dua minggu je nak PBIM2014. Owh by the way, tu pertama kali saya join FULL MARATHON, giler ke hapa entah lah…

Semenjak dua ni saya suka run ikut route jalan tak berturap… Alhamdulillah dua benda tu ada kat rumah mertua saya dan hospital saya kerja.

Trail run memang syiok, tetambah lagi ada naik turun. Kalu flat trail bosan gak… Kat area saya duduk tak banyak inclination sebab tanah bendang je… Mostly saya lari lorong tepi bendang, bukan petak bendang. Rosak padi orang oii… Hehe

IMG_5061-0.JPG lawa tak? Permai rasa…

Sambil run, saya snap dua tiga gambaq yang cun… Alhamdulillah tempat kerja saya ada route menghala ke tanah bendang… Hampir 90% tanah merah…

IMG_5058.JPG lari tepi tali ayaq!!!

Mesti orang KL jeles… Haha

IMG_4894-0.JPG eh lupa la yg saya beli Garmin Fenix 2

Kena cari route… Seronok plak…

IMG_5056.JPG lupa nak habaq saya dah lama beli Columbia Ravenous Lite ni, cuma tak review kasut ni

Banyak benda yang saya beli mcm pureflow2, ravenous lite, fenix2 etc etc yang saya tak update… Alahai…

IMG_5088.JPG lawa kan? Jangan jeles… Hehe

Ok lah, esok kerja… Ada op, lagi tiga hari nak Penang Marathon, ambil full marathon plak tu… Gila…

IMG_4666.JPG kerja gila

Ok lah… Ngantuk ni… Nanti update lain… Salam

#runningsurgeon

SP Half Marathon 2014 – Third Year in a Row

Lama dah tak membebel kat dalam ni… Kerja punya pasal. Sebab selalu aku kata kat my junior Dr especially House Officer, kalau depa banyak masa depa tulis blog kutuk2 tempat kerja depa, depa tak da etika dan depa banyak masa untuk leisure. So takde alasan kata kerja ward tak siap…

Ok lah…

Tahun ni aku dah sertai SPHM buat kali ketiga. Memang macam acara tahunan. Aku join sebab sokong usaha local community sini je… Plus anak aku dah sejak Julai dok tanya bila abah nak join SPHM? Dia nak masuk…

Tahun ni ada kategori baru iaitu funrun 5km. Tetiba wife pun tergerak hati nak join. Ok la, harap2 suatu hari nanti kami boleh run 10km or even half marathon… Haha

Route HM, organiser masih mengekalkan route yang lama… Tu yang seronok nak beat tahun lepas rekod kat sini…

persediaan

Sejak Penang Run 2014 tu aku tak run apa sangat, ye lah sebab masa tu nak puasa… Then lepas raya memang pace macam hampas… Slow tak bermaya… Kerja lagi… Pace pun cukup2 makan aje… Nanti nak PBIM2014

mini event larian sihat 2014
Pastu ada la aku join mini event kat hospital larian sihat 2014. Untuk staff hospital sultanah bahiyah aje… Join je lah, sebelum buat weekend rounds… Haha… Mulanya diorang nak buat 8km tapi mungkin staff tak cukup drop to 4km je…

IMG_4485.JPG

Haha, tak sangka dapat tempat ketiga acara sebab lepas run, terus mandi buat wardround… Esok tu bigboss Mr Regunathan bagitau saya dapat tempat ketiga… Hahaha

Dua tiga minggu sebelum saya run saya suka gi kat muzium arkeologi buat runhill… Sakit kaki wooo… Tapi best!!!

IMG_4703-0.JPG

experimental

Selalu rutin aku try buat runwalk… Then entah macam mana ntah aku try buat run at HM pace which i believe aku punya HM pace dlm 6:45min/km. So aku run 5-10km dalam 6:30min/km. Aku kali ni tak nak run walk sangat sbb mcm aku perasan kalau nko dah boleh lari jauh sikit yg nko boleh expect mileage dia, try run at aerobic phase… Rasa macam less taxing… Cuma nanti kena try buat fartlek ke or tempo sulam….

baju pagoda

Aku perasan bila run pakai baju sintetik yang organizer bagi tu agak tebal dan tak sejatkan peluh dengan baik. Pastu rasa baju tu berat dan bola end run tu macam lari bawak guni air… No wonder ada debatable issue pasal cotton vs synthetic garments. So aku rasa run kali ni memang aku nak run dengan baju pagoda aje… Hahaha

carbload
Aku basically makan apa saja tapi dah jadi tradition aku akan makan benda berasaskan pulut macam lemang, pulut tanak etc… Memang sedap… Apa barang pasta!!!! Haha

race day

Kami bangun awal seawal 5am. Sebab kan kali ni wife pun nak run… Solat kat rumah siap2, minum kopi-O kopiko secawan pastu aku minum endurance dan whey protien satu scoop. Kami keluar dari rumah dlm 6:00am. Kami solat siap2 kat umah… Harap2 sampai on time. Kali ni aku pakai brooks pureflow2 sama macam aku pakai masa penang run 2014

Kami sampai kat masjid jamik alrahman tu dlm 620am… So kami jalan sana dlm 5min. So aku kata kat wife dan hana kata abah rush dulu…

IMG_4717.JPG ready to rock

3, 2, 1……….! Go!!!
Aku tak rush run macam tahun lepas… Aku just slowkan pace dalam 7min/km je… Congested pack, subuh yang sejuk jadi belengas dan panas… Then aku naikkan pace dan maintain dalam 6:30-6:45min/km je…

Water station tak banyak rasa dalam enam sahaja, ada water station bertindan dengan 12km tu yg dah habis airnya… Sampai aku mintak botol air extra kat volunteer yang sah kutip sampah…

Kali ni aku tak pasang ipod masa lari… Kali ni memang aku banyak experimental dengan benda baru… Aku perasan aku tak kalut nak dengar lagu dan nak run… Jadi aku boleh tumpukan dengan running form… Setiap 4-6km aku akan sedut energy gel. Mujur kali ni organiser bagi botol air mini 300mls. Kecil comel dan senang bawa masa run… Bila run aku sedut sikit energy gel dan hirup air secukupnya…

IMG_4718.JPG

aku tak suka attitude sesetengah peserta, memangla event ni hari sebelumnya hujan, bila ada lopak air ada tepi jalan, jangan la elak dengan lari masuk ke tengah jalan, kalau ada kenderaan dari belakang datang secara mendadak, tak ke boleh mengundang kemalangan?

Lepas tu yang dah lari 12km tu dah jalan tu jangan la jalan berkelompok atau saing sampai 3 orang satu barisan… Nanti kenderaan hantam dari belakang kan susah… Benda ni tak payah ajar masa start run tapi common sense la…

Kali ni 98% aku run dalam HM pace dan run sahaja… Ingat last energy gel yang aku bawa aku nak save tapi tak boleh, masa last 2km tu aku perasan aku nak hit the wall, aku terus sedut energy gel…

Aku sampai jugak!!!

Alhamdulillah… Aku tak sangka dapat atasi rekod tahun lepas

IMG_4779.JPG alhamdulillah…

aftermath

Wife happy walaupun run 5km dapat medal. Si Hana merajuk sebab run tak dapat medal, tahun ni cuma peserta 100 pertama sahaja dapat… Tangkap gambar pun merajuk…

Aku? Taktik pakai baju pagoda, tak dengar ipod mp3, negative pace dan corrent timing of nutrition menjadi… Alhamdulillah… Lepas run aku tak rasa letih sangat, kaki rasa sakit tu biasalah tapi tak seteruk dulu… Dah boleh adapt dah. Aku ibaratkan run ni mcm LSD training PBIM2014 nanti… Plus this marathon is my fastest pr so far for my HM. InsyaAllah will be more.

Esok tu? Aku kerja la… Ramai yang cuti…

IMG_4733.JPG

Semoga jumpa lagi di tahun hadapan. Terima kasih…

My Worldcup Timeline

1978 – i was born, argentina won…

1982 – i was 4, italy won, couldnt remember a thing, probably the less viewed wc and less told wc…

1986 – maradona fever, i was in std 2. Deny ‘Hand of God’ but later >20years admitted it…

1990 – i was in standard 6, i made a scrap book with wc news strip for that. I remember bodo illgner saved penalty to reach final in Rome. Gareth Southgate the villain to remember…

1994 – brazil won, we were in mrsm beseri’s dining hall watching roberto baggio missed the penalty. From that day onwards, no more tv time for us (as the form5 students vandalised the dining hall, crap…)

1998 – i was studying a-level, came back to msia on summer watching zidane holding the cup in kl. Watching Nigerian beat Spain, and Germany lost to Croatia… Ronaldo had stage freight during final.

2002 – my 4th year med students, watching brazil won on tv at dublin. Proud irish spirit with the absence of roy keane.

2006 – as a surg mo, watching zizou headbut ting in tv in kangar. Last appearance of him for France in horrible way.

2010 – 3rd year mmed student watching wc in kelantan, really different scenario…

2014 – 14th july, on call the day before, watching Gotze scores the late goal during sahoor… Before that watching German trashed Neymarless Brazil… Messi so called not worth to take the Golden Ball awrard (by Maradona)

2018 – ????

What’s your timeline experience upon #worldcup?

20140716-060428 am-21868255.jpg

Penang Run (1 June 2014) – back from hiatus

Sorry as i prewrote this in English…

actually it was my 10th running event

After finishing my mmed surgery (master in surgery). I back to work in HSB. I intended not to join running event as I was busy with hospital work… But I still keep up with my weekday run usually on sundays, teusday or wednesday. Usually 3-6km depending my tiredness and how early i can comeback from work. My long workout usually on friday or saturday morning.

For this run. I didn’t expect too much, as i wanna stay injury free…

This was the running event i least took picture. After finishing run i drove back to work. Lucky my friend covering morning rounds and scopes. My nike apps suddenly ended my running workout. So i have to restarted back again. Lucky i use endomondo as a 2nd apps backup. As it has interval programme.

I just ran using runwalk method, (2m10s run 20secs walk x 15)
(2m run 15secs walk x15)
(1m45s run 15secs x 15)
It went well initially but at last 3km i hit the wall so badly

20140611-013846 am-5926978.jpg
my first sub 7min/km HM

Ended up i just ran 1min and 30s walk.
The environment was great, less inclination except last 2km. Good water station which was 6 of them. I ended up galloping 4 energy gels that i slurped it every 4km.

At the first 3.5km I stopped by for my morning prayer at petrol station’s praying room. Then resumes running (so the actual timing might differ from my endo stop,pray and run timing)

Thank God this is my first sub 7min/km HM. InsyaAllah more to come. Peace…

20140611-013847 am-5927256.jpg
Thank Goodness i was an average joe person. errr, moustache man? Owh come on!!!